Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Jumaat, penghulu segala hari..Sedar tak sedar sudah masuk hari ke 6 kite berpuasa.Sungguh pantas masa berlalu.Sebagai ibu pening juga untuk memikirkan juadah untuk berbuka...kalau nak beli kat PaRam pun kadang2 tak tau nk beli apa.Setakat ni kami masih bertahan, tidak membeli juadah kat Pasar Ramdahan.Hujung2 puasa nnt tak tau la kan sbb bizi nk siapkan tempahan rasanya kena gak makan lauk tunjuk2.
Okeylah hari ni saya kongsikan resepi serba ringkas untuk juadah berbuka.Kalau tak silap saya buat hari ke 3 puasa tp tak berkesempatan nk update.
Ikan Siakap Goreng Bersos ni rasanya lebih kurang macam sweet and sour tp disebabkan semua flavour dari sos saya namakan ikan siakap sos ajerlah...Alhamdulillah sangat mabeles...licin dikerjakan kami semua..
Kepada yg belum ada idea nak masak boleh cuba resepi ni.Kalau tadak ikan siakap, apa jenis ikan pun boleh..ikan kembung pun boleh..Tp bukan sekor la ya..sebab kuah sos ni banyak gak.
- 1 ekor ikan siakap saiz sederhana (anggaran 600g)
- 1 labu bawang besar (blend)
- 5 ulas bawang merah (blend)
- 2 ulas bawang putih (blend)
- 1 cm halia (blend)
- 3 sudu besar cili giling
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 1 labu bawang besar (hiris bulat)
- 1 biji tomato (belah 4)
- 1 biji cili merah (hiris serong)
- Garam , kunyit , gula/perasa
- Minyak
- Air
- Ikan dibersihkan kemudian kelar.Perasakan dengan garam kunyit.Goreng hingga garing.Angkat dan ketepikan.
- Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan garing.Masukkan cili giling, tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram gaul sebati.
- Masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan tomato.Kacau sebati.Masukkan air (jika ingin lebih berkuah).Renehkan sebentar hingga hirisan bawang besar agak layu dan kuah agak pekat.
- Sesuaikan rasa, tambah garam dan gula/perasa (jika perlu).Dah siap.Tutup api.
- Tuangkan kuah ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi
5 comments
simple tapi sedap..boleh try esok ni..tq kak utk resepi ni
ReplyDeleteSalam kak lina.. ikan siakap mmg sedap! lagi2 masak lauk camni mmg laju makannyer..
ReplyDeleteHu hu hu. Sedapnya. Kena tgu hr minggu baru leh buat ni.
ReplyDeletethanks resepi ikan siakap. tak sabar nak coba.
ReplyDeleteSaya dah try.. Memg sedap tq kak😘😘
ReplyDelete