Resepi Roti Sarang Lebah (Mudah Lembut Dan Gebu)

By LiNa_Pg - Tuesday, June 03, 2014

Assalamualaikum...
Akhirnya terlaksana juga hasrat untuk menerai resepi roti sarang lebah yg sangat femes seantero maya sejak dua menjak ni.Saya ni bukanlah dikategorikan sebagai mengikut aliran semasa hihiii..sbbnya rata2 kat fb atau dunia blogging mencuba roti sarang lebah ni.Saya juga yg buat xtau ajer kikiii..Resepi pun tak ambil pot sebab saya bukanlah penyabar orangnya untuk tggu doh naik tu adeh malas bebenor bab tunggu menunggu ni.Tapi bila kekanda rosaliza dah buat..katenya senang sangat dan bahan pun simple..brlah terhegeh2 study resepi.Rupaya mmg sangat2 senang.Kalau tak ada BM (Bread Maker) atak heavy duty mixer pun xpe..korang still boleh merasai kenikmatan roti sarang lebah yg enak ni..guna ajerlah kudrat lengan tu untuk menguli...jap jer pun..Saya guna mixer sbb BM elok jer parking dalam kotak malas bebenor nk kuarkan..
Projek meroti ni saya buat hari sabtu lepas..memula ingat nk buat untuk bekfas..tp kalau bekfas msti roti dah sejuk...hurm xpolah...bila dah stat buat tu..time dok peram2..ujan turun dengan jayanya...Adeh ini dah merencatkan proses roti naik sekali ganda ni...xpo la sambil layan cerekarama..biar ajerlah roti tu mengembang..dalam kol 11.30pm..baru masuk oven.Time ni anak2 dah belayar dah..dekat2 roti nak masak tu pi kejut sat n tanya..nk makan roti...dalam mamai tu kata nk..okey sekejap lagi roti siap mama panggil.Bila siap..curah sos butterscoth n terus menikmati roti yg lembut dan sedap tu..sehingga saya terlupa untuk snap gambar muahahaaa...roti tinggal loyang dalam masa 10min jer..adeh nk buat berejam...makan 10min ajer..Walaupun penat menunggu tp seronok bila semua org tersayang makan dengan penuh nikmat.Roti panas time ujan...sebagai supper kami malam tu...Inilah hasilnya...

 pas kuar oven terus snap ngan enpon...pastu terus ngap.Tak hengat donia hihiii
yg ni seb baik nisa snap ngan enpon dia..kalau tidak mmg tadak la gambar isi dalaman roti yg gebu gebas dan sangat lembut..bab kapas gitu..Bila makan dengan sos yg istimewa tu sangat sedapppp

RESEPI ROTI SARANG LEBAH.
By : LiNa Pg

BAHAN UNTUK DOH ROTI

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½  sudu teh dry yeast
  • ¼ sudu teh garam
  • ½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • ¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
  • ¼ cawan minyak sun flower
  • ½  cawan air suam 
  • Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)


CARA PENYEDIAAN:

  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  5. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
  6. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
  8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  10. Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
  11. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
  12. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  13. Sedia untuk dihidangkan.


NOTE:-

  • Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
  • No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
  • Make sure oven benar2  panas supaya ia lembut bak cotton.
  • JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
  • Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:

  • ½  cawan brown sugar bukan gula merah ok
  • ½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
  • Sedikit garam
  • ½ st  vanilla essence
  • 25g butter

Cara Penyediaan

  1. Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.


Peringatan:

  1. Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
  2. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .


  • Share:

You Might Also Like

23 comments

  1. wahhhh....
    sgt menggugat iman...
    puasa nie..tetibe tertgk roti gebu gebas akak plak ha....
    menjejes air liur...
    haahahaaaa...
    kak....amek resepi eak...
    manalah tau kot rajin,nak gak mencuba......

    ReplyDelete
  2. assalam..

    wah, nampaknya kak lina pun dah try buat roti yang sangat femes ni..cantik dan gebu..wana lagi la yang masih ketinggalan belum cuba..heheh..

    ReplyDelete
  3. sedap ni..sedap ni..bab nak menguli tu leceh sket..huhu

    ReplyDelete
  4. Waa..nmpk gebu sgguh...nk buat tp slalu failed kalau bab uli menguli ni..huhu

    Jemput ke http://duamasa.blogspot.com utk suplemen sekeluarga..;)

    ReplyDelete
  5. Terliur..huhuhu kene buat ni. Tq for sharing sis.

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap..disebabkan ramai sangat yang kata sedap dan dah di viral kan di fb, wajib kena cuba.
    Ooo roti tu x guna majerin ye tp minyak.
    Jemput ke blog saya, qcutehealthy.blogspot.com
    Tq

    ReplyDelete
  7. mohon share resepi ye... sedappp..! wajib torai.. tambahkan ilmu membaking.. hihiii

    ReplyDelete
  8. saya buat roti jadi keras.huhu..silap teknik agaknya..
    www.nurulhafizah.com

    ReplyDelete
  9. Nak cuba resepi ni bole ye.. bace je dah terliur..

    ReplyDelete
  10. Sedapnya, nak cuba juga,tq resepi :-)

    ReplyDelete
  11. Klu x letak plain yogurt blh jd x?

    ReplyDelete
  12. dalam banyak2 resepi, roti la yg saya paling takut nak cuba...
    in shaa Allah sbb roti sarang lebah ni sedap, nak jugak cuba buat sendiri.
    tq atas resepi ni...

    7 Peranan Suami Dalam Penyusuan Susu Ibu Mampu Elak Isteri Stress | Diari Mama

    ReplyDelete
  13. Sy tgh cube dan ikut sukatan yg d tulis d ats. Tp adunan lekat d tgn lps sy habiskan semua minyak tu. Errr...minyak nk abis kn atau letak smpi adunan x lekat d tgn je?

    ReplyDelete
  14. Tq for sharing... duk tggu order x dpt2....kna belajar buat sendiri jugak la mcm ni... dh teringin sgt2 ni

    ReplyDelete
  15. Assalam sis... Kenape ye yis tak mahu berbuih? Bole beritahu step nye tak?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak.
    Sy dh cuba resepi ni.
    Best sgt..
    Link entri saya,
    http://menggapaicintailahi.blogspot.my/2015/12/resepi-roti-sarang-lebah-yang-sangat.html?m=1

    ReplyDelete
  17. @ecakhairul
    wslm..maybe yis tu dah mati/x aktif dah....air jangan terlalu panas (yg suam2 jer)

    ReplyDelete
  18. Maaf nak bertanya, sy ada buat sauce butterscotch menggunakan fresh milk, sauce sy xjadi licin mcm biasa, bila makan ada rasa macam kasar2, adakah sebab sy pakai fresh milk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe brown sugar tak betul² larut semasa kacau dgn butter tu sbb tu ada ketul² lg...
      Sy pernh cuba jg yg gn susu (tp susu cair la) mnjadi gak cuma kurenggg sedap siket compare gn whipping cream..
      Wallah hualam...

      Delete