Tuesday, September 9, 2014

Resepi Rendang Ayam Nasi Kandar

Assalamualaikum...
Rendang ayam ni bukan rendang biasa, sbb bawang putih adalah bahan utama dan tidak menggunakan bawang merah.Unik kan?Nak tau camana rasanya kenalah cuba sndri.Saya makan dengan nasi putih jer sbb terasa malas sangat nk buat nasi berperisa bagai..
anak2 kata sedap...peminat tegar lauk ayam kan? Nak cube?silakan...resepi kat bawah ya

RENDANG AYAM NASI KANDAR
By : LiNa Pg
Tuan Tanah : Chef Ammar (TV Al Hijrah)
Rujukan : Norhayati (FB)
Sumber Cuci Mata: Kak Mas (My-Mintroom)

Bahan: 
  • 1 ekor ayam potong 12
  • 50 gm bwg putih d blend @ 12-14 ulas (LiNa Pg gn 1 labu)
  • 50 gm lengkuas d blend - 2 ulas sebesar ibu jari
  • 50 gm halia d blend  - 2 ulas sebesar ibu jari
  • 80 ml minyak utk menumis
  • 250 gm cili giling - (LiNa Pg gn 2 sudu besar cili giling)
  • 80 ml kicap 
  • 2 btg serai di ketuk
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 btg kayu manis
  • 2 helai daun pandan
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 biji buah tomato belah 4 - (LiNa Pg gn tomato ceri)
  • Garam secukup rasa - tak letak sebab dah cukup masin
  • Air anggaran 1 liter 
  • 3 biji ubi kentang - saya tambah (rebus berasingan hingga 3/4 empuk dan saya campur bila rendang hampir kering) LiNa Pg goreng dulu ubi kentang
Bhn hiasan
  •  Kacang peas - LiNa Pg letak gajus
 Cara:
  1.  Panaskan minyak, tumis bwg, halia, lengkuas, kayu manis, pelaga.
  2. Masukkan cili giling tumis hingga cili masak masukkan serai, daun kari dan daun pandan.
  3. Masukkan ayam dan tuang air.. Masak hingga airnya kering dan ayam masak dgn api sederhana.
  4. Bila hampir kering masukkan kicap dan kentang (yg telah digoreng).
  5. Gaul sebati dan sesuaikan rasa.
  6. Sedap mkn dgn nasi tomato atau nasi arab dan jelatah.
Note:
LiNa Pg perasakan ayam dengan garam kunyit dan goreng setengah masak..supaya ayam tak hancur semasa proses memasak

7 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

Nampak pun sdp, tambahan pula aym lg la sdp

inazamri said... Balas

peberet anak2 sy ni.eh terliur gak sy.lapar

asyifa mustaffa said... Balas

Macam best je ni...nnti bole try..:)

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
peminat tegar ayam..komen kata sedap hehe

LiNa_Pg said... Balas

@inazamri
anak2 mmg suka makan ayam..sampai naik pening xtau nk masak apa..ALhamdulillah depa suka lauk ni

LiNa_Pg said... Balas

@asyifa mustaffa
Sedap..sedap..sedap

Bbwana adienia said... Balas

wah, akak tayang rendang lagi..teringinnya merasa air tangan kak lina..tapi, jauh sangat..huhu..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...