Tuesday, March 3, 2015

Resepi Ayam Gulai Kalio

Assalamualaikum...
Tiap2 ari naik pening nak masak menu ayam...Pastu terfikir nak buat kalio ayam ni..saja cuba yg lain sket dari buat sebelum ni.Bila gugel keluar pulak yg blog sndri kikiii...pastu tgk resepi lain2 pulak.Akhirnya terpikat ngan Ayam Gulai Kalio dari dapur yatie bersumberkan blog hana.Okey saya olah sedikit sebanyak dari resepi wana AYAM KALIO yg sebelum ni.Okey sedap anak2 kata macam tom yam, kadang2 macam rendang kikiii...Makan jer la nak..janji sedap...Siap tanya ada kuah lagi tak nak cicah ngan roti untuk bekfas..Alahai dah licin nakkkkk...Ayat paling xleh blah..nnt esok mama buat lagi ya..
Saya snap pas masak, time panas berasap2 lagi nampak kuah agak cair sedikit.Bila suam sket kuah agak pekat dan yummy....sarah kata sooooo..good.


RESEPI AYAM GULAI KALIO

Bahan-Bahan
  • 1/4 ekor ayam (potong kecil)
  • 200~300 ml santan
  • 1/4 biji nenas (dipotong ikut suka)LiNa Pg xletak ganti dgn asam keping
  • Sehelai daun kunyit (dicarik-carikkan)LiNa Pg xletak
  • Sedikit daun kesum
  • 3 helai daun limau purut (dicarik-carikkan)
  • 1 biji tomato (belah 4) LiNa Pg tambh rcp asal xde
  • 1 batang karot potong baji -LiNa Pg tambah rcp asal xde
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumisan (Kisar)
  • 5 biji cili kering (direndam air panas sehingga lembut dan toskan)
  • 3 tangkai cili padi (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sehiris halia
  • Sehiris kunyit
  • 1 batang serai
  • 1 biji buah keras
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 2 helai daun limau purut

PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul mesra dengan rempah tumisan dan kecutkan lebih kurang 5min pada api sederhana.
  3. Masukkan santan,nenas dan daun kunyit dan karot..Kacau dengan api perlahan sehingga mendidih...jgn sampai pecah minyak.Perisakan dengan garam dan gula.
  4. Masak sehingga pekat..Masukkan daun kesum dan daun limau purut dan tomatoSedia dihidang.
Aroma daun limau purut, daun kesum mmg membangkitkan selera..kalau ada lagi daun kunyit cam real rendang lak kikiii...ikut resepi mmg kena letak tp pokok kunyit tadak daun, leh makan isi jer

1 comment:

Bbwana adienia said... Balas

akakkkk...tolong buatkan untuk wana boleh??malas tahap gaban dah ni..huhu

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...