Monday, June 15, 2015

Resepi Ayam Kari Hijau

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran dengan menu masakan.Sepanjang cuti sekolah asyik tayang kek order jer bukan xmasak tp xsempat nak snap gambar.Asal siap masak terus hidang sbb anak2 dah kelaparan.Hari ni seisi persekolahan dah bermula ada lah sedikit ruang untuk update blog.Resepi pun main taram jer.Anak2 kata sedap macam kat Siam Express hahaa...wah..wah..kuat tul bodek.Cuma kata depa daun tu xsama..Pandai lak komen..Ya lah nak tadak Basil leave..mama gantikan ngan daun colgate ajer tuh kikiii..Jadilah ada gak unsur hijau di situ.
Gambar ni saya snap time panas,bila sejuk siket kuah makin pekat.Nampak x daun pudina tu dah lebam kena kuah panas berasap.

RESEPI AYAM KARI HIJAU

Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil)
  • 4 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih)
  • 1/2 labu bawang besar (blend)
  • 1 cm halia (blend)
  • 2 hiris lengkuas (blend)
  • 1 cm kunyit (blend)
  • 1 pokok daun ketumbar-ambil akar sekali cuci bersih2 (blend) tinggal sedikit untuk hiasan
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar (blend)
  • 1/2 sudu kecil jintan manis (blend)
  • sedikit daun pudina (blend)
  • 3 biji cili hijau (blend)
  • 5 biji cili padi (blend) Nak pedas boleh tambah
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji tomato (belah empat)
  • 1 biji limau nipis (Ambil jus)
  • 2 asam keping
  • 2 helai daun limau purut (Siat-siat)
  • Air
  • Garam, gula/perasa
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak,tumis bahan2 kisar hingga garing dan terbit minyak.Masukkan ayam dan asam keping gaul dengan bahan tumisan hingga ayam kecut.
  2. Masukkan air (Sama paras dengan ayam), garam dan gula/perasa.Biarkan mendidih dan ayam agak empuk.
  3. Masukkan santan pekat, daun limau purut.Renehkan hingga ayam betul2 masak dan kuah pekat.
  4. Bila ayam dah empuk,sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa dan jus limau nipis.Masukkan hirisan tomato dan taburkan daun ketumbar.Tutup api.Sedia dihidang.

No comments:

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...