Saturday, August 15, 2015

Resepi Bakso Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Masa g pasar malam lalnk beli tulang 1kg...terasa malas lak nk buat sup tulang sbb dah biasaaaa sangat ngan sup tulang..Buat bakso ajer la..aritu pernah buat dah bakso tp guna daging jer dan bebola pun beli yang ready made..Kali ni buat guna tulang dan meatball pun homemade...Alhamdulillah sedap..Setiap kali buat resepi saya akan gugel sana sana untuk mncari info..biasalah benda baru kan hehee..Memang sedap resepi bakso Che Iza ni patutlah banyak tul report kat myR tu
cara paling mudah buat bakso yang sedap, bakso, bebola sapi
RESEPI BAKSO
By : Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)
Sumber : Che Iza (MyR)
Cuci Mata : Blog ct zaliedana

Bahan-Bahan A

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm) LiNa Pg gn 1/2 paket angle hair
  • Sedikit Taugeh
  • Kobis dihiris halus (LiNa Pg xletak)
  • Sedikit sawi (celur)

Bahan B (Bebola Daging)

  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (LiNa Pg gn 1biji telur gred C)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung (LiNa Pg gn tepung gandum letak lebih siket)
  • sedikit serbuk lada sulah (LiNa Pg gn Ajishio)
  • Sedikit garam
Bahan C (Untuk Kuah)

  • 1 kg tulang lembu
  • 3 biji bawang merah dihiris 
  • 3 ulas bawang putih (Tumbuk)
  • 1/2 inci halia (Tumbuk)
  • 1sk lada sulah biji (Tumbuk)-LiNa Pg gn yg serbuk
  • 1 batang serai diketuk (LiNa Pg skip)
  • 1 sb pati daging / pati ayam (LiNa Pg gn 1 kiub pati lembu)
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam dan gula/perasa
  • Kulit Kayu manis, bunga lawang dan pelaga (LiNa Pg tambah rcp xde)

Cara Penyediaan:
KUAH BAKSO

  1. Rebus tulang lembu hingga dagingnya empuk terlebih dahulu sebelum mualakan proses membuat bakso.
  2. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan pelaga bersama bawang merah hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan sekali serai.
  3. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk rebusan tulang.Masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.Biarkan hingga kuah mendidih.Sementara itu boleh siapkan bebola daging

BEBOLA DAGING

  1. Gaul semua bahan C utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. 
  2. Kuah siap apabila bebola tadi timbul.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula (jika perlu)

Cara Menghidang Bakso

  1. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain (LiNa Pg gn angle hair)
  2. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....Sambal kicap tu LiNa Pg ikut cara ct Blend cili padi, kicap manis, Sos Pedas Agromas (LiNa Pg ganti sos tiram siket),pastu letak Jus limau kasturi siket

Sedap hirup kuah

4 comments:

Ibu Lala said... Balas

Peberet nih

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said... Balas

sdpnya..dh la kt sini br hujan...
klu dpt smangkuk kn best...

corby pink said... Balas

Wahhhh sedapnya

Melody Stringer said... Balas

Oh my gaaaahhhd baso my favorites *wipes keyboard* :)))

Download Movie HD

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...