Friday, September 4, 2015

Resepi Ayam Kashmir Yang Sedap

Assalamualaikum...
Kat rumah ni ayam dan anak2 sememangnya berpisah tiada...Hari2 lauk ayam..tanpa jemu.Mama dan abah terpaksa mengalah ikut selera anak2.
Bila hari2 masak menu ayam...naik jem jugak nk mikirkan juadah..Kena lah gugel cari resepi baru lak.Tetiba hati terpaut pada ayam kashmir ni...Tengok gambar nampak sungguh menyelerakan..Bahan2 pun mudah saja..apa lagi terus ON.Mula2 hajat ati nk masak nasi berperisa..tp disebabkan kesuntukan mas nk jadi runner amek anak2 balik sekolah, terpaksa dilupakan nasi berperisa..nasi putih panas pun dah cukup sedap digandingkan dengan Ayam Kashmir ni.Xpe nx time kite wat versi kambing lak...kompom menyangkut punya heheee..Jom kite semak resepi
 Kuahnya pun sedap dicicah ngan roti...kalau rajin roti puri la..kalau x rajin roti putih gardenia pun jadi la kan?

RESEPI AYAM KASHMIR
By Malina LiNa Pg 
Sumber : DayangJack

Bahan-Bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)LiNa Pg goreng hingga masak

Bahan A
  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 labu bawang besar (kisar)LiNa Pg tambah rcp asal xde
  • rempah 4 sekawan 
  • sedikit daun kari (LiNa Pg xletak xperasan lak)

Bahan B :
  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili (LiNa Pg gn cili giling xperasan sbnrnya gn serbuk cili)
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)LiNa Pg xletak xde stok

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan,daun kari, bawang hiris,halia dan serai ketuk hingga terbit bau dan sedikit layu.Kemudian masukkan bawang besar yg telah dikisar.Tumis hingga garing.
  2. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan cili giling di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  4. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya. 
  5. Hidangkan setelah masak.
  6. Sesuai dihidang bersama nasi berperisa atau nasi putih

 
sungguh menyelerakan

3 comments:

Nooriah Abdullah said... Balas

sedap Lina ayam kashmir ni, biasa dok buat kari, masak merah, sesekali boleh jugak try ni tak guna santan lebih ok sikit kot kan heee

LiNa_Pg said... Balas

@Nooriah Abdullah
Sedap kak noor..sy suka lauk2 camni..tambah yg x guna santan..lagipun rcp DJ..op kos la sedap

adda syuhada said... Balas

Nmpk sedap sangat ayam tu..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...