Tuesday, September 15, 2015

Resepi Featherlight Cheesecake

Assalamualaikum...
Sudah agak lama saya x buat resepi ni.Pertama kali mencuba pada tahun 2013 lagi..lama gak tu.Cheesecake ni ada macam2 pesen..Kami ni mmg peminta cis kek..Banyak variety yg telah saya cuba..Cotton Soft Japanesse Cheesecake, Classic Cheesecake, Marle Baked Cheesecake, Chilled Cheesecake macam2 lagi la...Pendek kata semua pun sedap.Walaupun dah macam2 jenis cuba..tp cis kek ni banyak sungguh songehnya..Kadang2 buat..lain pulak hasilnya..rasa tu menten sedap  cuma tektur tu tak seperti yang diharapkan..Kepada reader di luar sana..Baca resepi betul2 sebelum buat..sebab karenah ciskek ni berbeza2
Untuk Featherlight Cheesecake ni ni Alhamdulillah sangat teruja dengan hasilnya..100%seperti yang diharapkan.Kalau yang terdahulu (Tgk n3 kat SINI) tektur agak dense sebab salah sndri jugak telur x fresh...tp rasa menten sedappppp..sat jer licin
This time the I love it very much...the texture are airy...fluffy..not too dense...moist sesedap rasa...masuk mulut ngaib terus hahaaa....Tak caya?jom tengok hasilnya
Carefull...fragile...handle with xtra care hahaaa...Percaya x berebut ngan maisarah masa nk snap pic ni adoi..kalau kek biasa2 tu idoknyer layan hahaa..Love it very much..spongy texture

RESEPI FEATHERLIGHT CHEESECAKE
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Rujukan : Evelyn Gemina , Hana Memories
Bahan-Bahan
  • 250ml susu segar/susu cair
  • 20g butter
  • 125g cream cheese - suhu bilik
  • 60g tepung Hong Kong/tepung gandum/tepung superfine)
  • 3 biji kuning telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 3 biji putih telur
  • 1/8 tsp cream of tartar
  • 80gm gula
  • 1tsp jus lemon
  • secubit garam
  • 1tsp coklat emulco/coklat paste

Cara-Cara
  1. Panaskan oven suhu 150'C (bergantung kepada oven masing2). Gris loyang 8inci dan taburkan sedikit tepung
  2. Panaskan susu dan juga butter ke dalam periuk. Masukkan cream cheese. Kacau sentiasa menggunakan whisk sehingga agak likat@pekat.Masukkan jus lemon.Ketepikan dan biarkan suam sebentar.Boleh juga dilakukan kaedah double boiler
  3. Pukul kuning telur dan juga esen vanila sehingga berkrim. Masukkan tepung dan juga campuran cheese tadi. Kacau menggunakan whisk sebati. ketepikan.
  4. Mangkuk lain, putar putih telur dan krim tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi hingga soft peak. (terbalikkan adunan tak jatuh)
  5. Ambil 1/4 bahagian putih telur dan campurkan ke dalam adunan kuning telur dan creamcheese tadi. Gaul menggunakan spatula. Kemudian tuang ke dalam baki adunan putih telur secara perlahan2. Gaul sebati tp jangan sampai over mix.
  6. Ambil secawan adunan dan campurkan dengan choc emulco.Tuang adunan plain ke dalam loyang. Kemudian marblekan dengan adunan koko.
  7. Bakar secara waterbath selama 50-60min. Sejukkan baru potong.
 Permukaan kek sangat lembut..tengok la kesan redai dah terbenam tu...
 Jom minum petang..abes tau saya makan sorang2 dalam piring ni

6 comments:

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said... Balas

gebu dan mulus kek yag akak buat nii...
klu sy bt mesti nk merekah...
klu xbyk pn, mst nk merekah sikit2...

tun_telani said... Balas

mmg terserlah betaga gebus gebas kek akk ni... tun pon peminat kek yg gebus2 ala2 chiffon gini. kdg2 buat dpt 2layer, atas gebus, bawah dense. hahaha.. xcukup ayu masa kaup balik adunan.

LiNa_Pg said... Balas

Kalau kek akak lak syapex, x merekah...tp texture agak dense...rasa tu menten la sedap

LiNa_Pg said... Balas

Kali ni betul ² sukses spongy...tp lembut..mmg sedap la tun puas hati.
Agak pernah dapat yg 2 layer lite ciskek..tp rasanya sbb telur x fresh..

Nurul Norshafiqah said... Balas

Kak lina.. wlpun kak lina dh bg pilihan tepung kt dlm resepi.. tp sy still nak tye.. kak lina pakai tepung yg mana satu? Sori tye.. hehe

LiNa_Pg said... Balas

Tepung superfine

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...