Thursday, November 19, 2015

Cara Buat Nasi Kukus Mudah, Sedap Dan Lembut

Assalamualaikum..
Dah lama saya tak buat nasi kukus.Nasi kukus ni sangat sedap dimakan walaupun hanya nasi putih biasa.Lembut da berderai..kurang kanji tu yg membuatkan berselera makan.Ekceli nasi kukus ni saya buat secara x rancang.Kebiasaannya kat rumah kami makan nasi beras Taj Mahal tu..nasi tu mmg kurang kanji dan gula.Masa husand demam, malas pulak nk gi pasaraya..just beli beras kat Kedai Runcit jer la untuk buat moi (bubur nasi) kat dia.Alang2 dah ada beras biasa kat rumah, terus buat nasi kukus la..Ada versi yang agak lambat tapi sangat sedap dan hasilnya banyak bleh tengok kat rcp NASI KUKUS  Kali ni agak mudah jer saya buat 1 mangkuk sorang jer.Jom kite semak resepi
 Nasi Kukus, Ayam Goreng Bawang Putih,Dalca Ayam, Sambal Belacan Dan Ulam..Complete Set

RESEPI NASI KUKUS MUDAH
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • Beras secukupnya
  • Air
  • Bekas kecil
  • Daun pandan
Cara-Cara
  1. Cuci beras dan rendam selama 30min
  2. Sementara itu didihkan air dalam periuk pengukus.Letak daun pandan dalam air rebusan
  3. Toskan beras, isikan ke dalam bekas kecil.Isikan 3/4 bekas sahaja.
  4. LiNa Pg masukkan hirisan daun pandan (~1inci) ke dalam bekas berisi beras untuk mewangikan lagi nasi kukus
  5. Isi penuh air ke dalam bekas tadi.
  6. Kukus selama 20min/hingga nasi betul2 masak.
  7. Nasi kukus sedia dihidang.Enak dimakan bersama DALCA AYAM, AYAM GORENG BEREMPAH dan juga sambal belacan


RESEPI BERGAMBAR UNTUK SENANG FAHAM
 Nasi Kukus Daun Pisang...

2 comments:

Bbwana adienia said... Balas

Wow..nampak menyelerakan la tengok set nasi lemak kukus kak lina tu..lapar wana tengok..:)

LiNa_Pg said... Balas

Nasi putih biasa jer wana bukab ns lemak..senang makan la samapi ke malam hahaa

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...