Mee

Mi Udang Sedap Mudah Cara Membuatnya

By LiNa_Pg - Monday, April 17, 2017

Assalamualaikum...
Ni pestaim tau lina pg buat mi udang, selalu tu pi tunjuk2 kat Teluk Kumbaq nuu atau kat Sungai Dua (seberang nuuu) bukan apa, Penang ni syurga makanan..yg mana boleh tunjuk2 kita pi tunjuk ajer la senang kije.Tapi bila en.asben bawa balik udang besau mulalah nak mereka2 resepi.Aritu dah buat Udang Goreng Nestum,kali buat mi udang plak..memang meletop kebaboom sedap mi udang ni.Kali ni saya x gugel sebab dah ada dalam kepala nk guna resepi sapa.Saya guna rcp siti Zaliedana yg sama2 shooting tahun lps.Terus pi belek2 SAJI raya Ogos 2016.Jom kita semak resepi.Memang senang sangat nk buat.

Mee Udang, Resepi Mi Udang, Resepi mee udang
Nama jer Mi Udang tapi LiNa Pg gunakan pasta Angle hair..sebab anak2 dan en.suami lebih prefer pasta dari mi kuning.Lagipun yg ni dia tak kembang setaman kalau terendam lama dlam kuah tu.Mo nampak togel sebab xde limau dan cili merah.Esbok dah kosong..xpelah janji ada hero+heroin tu jadilah kan

MI UDANG
Sumber Zaliedana

Bahan A (Kuah)
  • 15 ekor udang kertas
  • 5 ekor udang segar (kisar) LiNa Pg xletak-jimat udang haha
  • 2 biji ubi keledek (rebuk dan lenyek)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 3cm halia (kisar)
  • 2 batang serai (1 kisar dan 1 ketuk)
  • 2 sb udang kering (rendam bg lembut-kisar)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos tiram (alamak xperasan lak-xletak)
  • Minyak utk menumis
  • Air
  • Garam,gula/perasa
Bahan Lain
  • 600g mi kuning - celur
Note:
LiNa pg guna pasta angle hair-rebus bersama olive oil+garam hingga al dante

Bahan Sampingan
  • Sayur sawi - celur
  • 2 biji telur rebus
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 tangkai cili hijau
  • Sedikit bawang goreng
Cara-Cara
  1. Panaska minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan udang kering, udang segar dan serai.Tumis hingga wangi,masukkan ubi keledek lenyek dan sebatikan.
  3. Masukkan serai,pes tomyam dan air (ikut kepekatan yg diinginkan)
  4. Setelah mendidih,masukkan semua sos, sedikit garam dan gula.Sesuaikan rasa.
  5. Setelah kuah mendidih, masukkan udang.Biarkan udang masak.Tutup api.Bolehlah dihidang.

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Lina, sedap tu! Apa2 masakan yang ada udang mesti meletop :D Yang ni, PH boleh pekena dua mangkuk besar hee..hee..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...lamanya tak mengomen kat blog, asyik berinsta je kita kan...rajin lina update blog. Akak punya tah apa cerita.

    ReplyDelete
  3. Haaa... udang besau tenggek atas nu...betoi laa ni mee udang hihihiiii

    ReplyDelete