Assalamualaikum...
Hari ni ada sedikit kelapangan waktu, bolehlah buat n3 masak2.Selalu tu bz manjangggggg.Ekceli udang ni saya masak kelmarin.En.asben beli udang besaq fresh baru naik dari laut.Dalam kepala dok berfikir nak masak apa la ngan udang.Selalunya buat sambal, gulai..kebetulan ada sedikit lebihan nestum (lepas buat projek kukis raya) hurmmm terus mai idea nak buat Udang Goreng Nestum ni.Olah serba siket...ya ampun sedappppp banget.En.asben yg x makan seafood pun sebab gout pun terus lupa diri hadoi.Padahal si isterinya dah masakkan lauk ayam untuk beliau dan dak maisarah tu.Katanya mana boleh tahan tengok udang besaq sedap pulak tu huhu...Nnt sakit mai balik camana?Makan ubat ler jawab dia hamboiiiii...Ok jom kita semak resepi Udang Goreng Nestum yang pastinya sangat mudah dan isnyaaAllah sedap.Kalau resepi dari dapur TMK ni mmg ringkas2 jer kan hehee
- 10 ekor udang besar
- 3 ulas bawang putih cincang halus
- 3 biji cili kering (potong kasar)
- 3 tangkai daun kari
- 4 biji cili padi (potong)
- Sedikit butter
- 1/2 cawan nestum
- Sedikit garam, gula/perasa dan kunyit
- Minyak untuk menggoreng
- Udang dibersihkan, gaulkan dgn sedikit garam kunyit.Goreng hingga masak.Ketepikan
- Cairkan butter, tumis bawang putih, daun kari, cili kering, cili padi hingga terbau bau dan agak garing.
- Masukkan nestum, gaul dengan tumisan.
- Masukkan udang yang telah digoreng.Gaul rata.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
- Dah siap.Boleh dihidang bersama nasi panas.
3 comments
Kena try ni...nampak pun sedap dah tu
ReplyDeleteAmboi, Lina. Sedapnya. PH yang bukan peminat udang pun teruja. Lepas ni nak cari Nestum dan udang plak...
ReplyDeleteBaru sahaja cuba.. mmg sdp. X sangka.. encik bos mula2 sceptical.. ad nestum buat lauk ke dia tanya.. bila dah siap msk, selera sungguh dia mkn.. thanks 4 the unconventional recipe.. salam syg dr jengka..
ReplyDelete