Tuesday, August 15, 2017

Karipap Rangup Dan Sedap

Assalamualaikum...
Ada pelbagai resepi untuk membuat doh karipap ni.Ada yang menggunakan 3 jenis tepung ada yang hanya menggunakan tepung gandum sahaja.Apa jua bahan yang digunakan ianya bertujuan untuk mendapatkan pastry karipap yang rapuh, rangup dan sedap.Bagi saya suka resepi yang paling simple jer iaitu menggunakan tepung gandum sahaja.Bahan simple tapi karipap yang dihasilkan sangat rangup dan sedap.Dah sejuk pun masih rangup lagi.Saya menggunakan inti Kentang holland dan isi ayam yang didadu kasar.Sengaja buat kasar2 siket sebab bila makan tergigit isi ayam tu memang sedap.Hurmm penat2 mama buat karipap untuk bekal budak sarah tu buleh plak minta donut huhu..Hujan2 malas nak ooi nak mendonut jenuh nak tunggu proofing.Tunggu la cuaca panas siket ok.
Resepi karipap ni saya ambil dari umah Hana Memories jaman dia rajin berblogging dulu masa dok di Jepun sinun.La ni mana pi pun xtau dah..semoga hana & family sihat2 selalu.Rindu dengan dia
Makan karipap panas2 di kala hujan membasahi bumi, mmg sedappp.
Resepi Karipap Rangup Dan Inti sedap
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan A (Doh Karipap)
250g tepung gandum (LiNa Pg gn 2 cawan)
2 sudu besar marjerin (LiNa Pg guna Daisy)*Panaskan
2 sudu besar minyak masak *panaskan
garam
air 

Bahan B (Inti Karipap)
5 biji kentang/keledek 
200g daging/ayam cincang (LiNa Pg gn dada ayam dadu kasar)
1 tangkai daun kari
Daun sup (LiNa Pg skip sbb takut over power rasa inti)
2+1/2 sudu besar kari ayam/daging (LiNa Pg gn 1sb)
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
gula - jika perlu
air

Cara (Untuk Doh)

  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). 
  2. Gaul rata guna sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan air sedikit2. Uli doh hingga tidak melekat di tangan dan boleh dicanai serta mudah ketika mengelim.Tutup doh (LiNa Pg rehatkan doh sebentar ~30min)

Cara Untuk buat inti

  1. kentang/keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  2. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang/keledek, ayam/daging, air dan garam secukup rasa. 
  3. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam/daging masak dan air kering.last skali taburkan daun sup yg dipotong halus.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  5. Masukkan inti kentang kemudian kelim/cetak mcm biasa.
  6. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn.
Note
Inti karipap ni agak banyak, LiNa Pg adun lagi 1x doh karipap.

Monday, August 14, 2017

Marble Moist Butter Cake (Kek Marble Lembut Dan Sedap)

Assalamualaikum...
Sejak dua menjak ni viral betul soft marble cake kat fb.Macam2 versi.Saya ni bukan peminat kek mentega pun, kalau buat cis kek tu memang laku la kat rumah ni.Tengok butter ada dalam peti ais, so godek2 jugak la buat kek marble ni.Versi yang saya ni klasik siket dan lembut.Kombinasi la kiranya.Hurmmmm sedap jugak sesekali layan kek old skool camni sekali sekala...Paling best anak2 pun laju jer makan.Kena dengan selera la tu
 Maaf la ya gambar gelap siket sebab sekarang ni asyik mendung dan hujan jer..
Ishhh..merekah plak dia.Kan dah cacat siket tu

Friday, August 11, 2017

Kari Ikan Gaya Goa Sedap Dan Mudah Tak Guna Rempah Kari

Assalamualaikum
Pertama kali saya buat kari ikan gaya Goa ni..memang sedap sangat.Rasanya seakan2 kari ikan yang saya makan di Simpang Pulai (bersama capati)rempah yang digunakan boleh kira homemade la sebab campur jintan dan sepapatnya, kunyit dan segala bahan asas dalam masakan.Kuahnya boleh cicah dengan roti.Pedasnya sedang2 saja,ada kemasaman..pendek kata sesedap tekak la.U olls kena cuba tau..seriyes saya bagi 5*Resepi Chef Wan mestilah sedap kan...Tapi saya cuci mata di blog Che Mat
 Maaf la gambar ni live dari periuk..sesaja snap n post kat IG..Bila makan, mak aih sedap sangat.Tapi ikannya dah abes..so yg ni jer gambar yang ada huhu..Takpe la asalkan boleh tepek gambar untuk rujukan resepi akan datang
KARI IKAN GAYA GOA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan Bahan 
1 ekor ikan nyok nyok (LiNa Pg potong beberapa bhgn)
3 biji tomato*
3 biji cili hijau*
3 sudu besar serbuk ketumbar*
3 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu besar jintan manis (LiNa Pg tambah rcp asal xde)*
2 sudu kecil serbuk kunyit(LiNa Pg letak 1 sk)*
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 sudu besar biji sawi (LiNa Pg ganti dgn 1 sk halba campur)
4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
500 ml santan 
1/2 cawan jus asam jawa 
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-

  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  3. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata.
*****************
Selingan...Tempahan hari ni Kek Minyak dan Brownies.tq kak mai

Thursday, August 10, 2017

Kuih Belebat Ubi Keledek Sedap Resepi Guna Sukatan Cawan

Assalamualaikum...
Kuih Belebat Ubi Keledek merupakan Kuih Muih Tradisional negeri Kelantan.Teringat masa kecil dulu kuih Blebak atau Kuih Belebat Ubi Stelo ni banyak dijual di kedai2 makan yang menjual sarapan..sekarang ni hanya ada kuih donut, dan kuih muih yang biasa (yang boleh dibeli di negeri lain juagk)hurmmm..terasa sayang pulak kalau Kuih Belebat Ubi ni hilang terus kalau tidak dipanjangkan resepi kepada anak cucu (cucu takde lagi hahaha)Rentetan (cewah ayat tak boleh blah) dari kejayaan menghasilkan Kuih Tepung Bungkus husband saya cakap, boleh la cuba buat kuih belebat pulak, dah agak lama tak makan kuih tu.Memang betul rasanya berkurun jugak tak merasa keenakan Kuih Belebat ni.So, saya cuma olah semula resepi Kuih Tepung Bungkus tu dan masukkan ubi keledek ke dalam tu.Alhamdulillah..eksperimen berjaya...Blebak Ubi stelo yang dihasilkan memenuhi citarasa.Kalau ada yang berminat nak mencuba Kuih Muih Lama ni bolehlah ikut versi LiNa Pg..tekturnya sedikit lembut dan manis sedang2 saja
 Sedap tau..lembut, lemak manis bila tergigit bongkah2 ubi keledek jepun tu..mak aih sedapppp ngat
Kuih Belebat Ubi Keledek
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan Bahan
4 ketul keledek jepun (keledek ni kecik jer) ~300g
1 cawan tepung beras 
3 cawan santan (LiNa Pg gn  santan Ayam brand 200ml+2 cawan air)
5 sudu besar gula (Terpulang selera)
sikit garam 
1 helai daun pandan simpul
Daun pisang

Cara Cara

  1. Rebus/stim keledek hingga masak.Kemudian dadu/potong memanjang (Ikut suka la nak potong macam mana pun)
  2. Satukan tepung beras, santan, gula,garam dan daun pandan.Kacau terlebih dahulu supaya gula dan garam hancur.
  3. Masak atas dapur hingga pekat, api kecil sahaja(sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul2)kemudian masukkan ubi keledek.Kacau dengan cermat supaya ubi tidak hancur.Ketepikan.
  4. Ambil daun pisang, potong selebar tapak tangan..layurkan atas api dan lap bersih.
  5. Ambil adunan kuih anggaran 2 sudu besar dan balut seperti membalut pulut inti.Boleh refer gambar LiNa Pg dalam pengukus tu)
  6. Kukus selama 10min.Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
  7. Sejukkan terlebih dahulu supaya kuih 'set' kemudian bolehlah dihidang.

Tuesday, August 8, 2017

Nasi Kerabu Biru Ya Ampunnn Sedapnya

Assalamualaikum...
Nasi Kerabu ni banyak betul aksesorinya.Memang kena ada kerajinan baru boleh buat.Bagi saya lebih mudah membuat Nasi Beriani atau Nasi2 berperisa yang lain.Walaupun agak renyah tapi berbaloi2 bila dimakan sangat2 menepati citarasa.Saya masak bersama adik2 dan makan bersama2.Buat ramai2 cepat siket la siap.Nasi Kerabu ni terdiri daripada Nasi, Sambal Ikan,Tumis,Budu,Solok, Sambal Jate dan ulaman.Terlebih rajin jugak sebab Telur Masin Homemade hihi.LiNa Pg guna telur ayam jer yang dijeruk dalam air garam.Alhamdulillah sedap..lemak2 masin.Kalau nak buat ikan celup tepung,daging bakar atau ayam pun okey jugak.
Hari ni saya blurr tak tahu nak karang apa.Jom la kita layan gambar2.Nasi Kerabu ni ramai dah yang pandai buat.So,layan gambar dulu..Nanti senang saya masukkan resepi.
Nasi Kerabu Kelantan and the geng.Nasi, Sambal Ikan, Keropok, Ayam Goreng Berempah,Solok Lada, Tumis dan Budu.Lengkap semuanya..Alhamdulillah sedap.Untuk Sambal Jate Nasi Kerabu boleh tengok SINI
Nasi Kerabu Bunga Telang.Wangi aroma daun pandan dan daun limau purut.Kaler pucat siket sebab bunga telang ada 5 kuntum jer..Impot dari laman bonda.
Untuk Nasi masak macam biasa jer.Sukatan air bergantung kepada jenis beras.LiNa Pg guna beras basmati ratio 1:1
Sambal Ikan..Mewah dengan isi ikan.Yg ni nanti kemudian update sebab panjang nak menaip 
Sambal Ikan Kelapa Parut
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan bahan:
2 cawan kelapa parut putih 
6 ekor ikan kembung mabong saiz sederhana
1 asam keping
5 ulas bawang merah
2 batang serai
1cm halia
Garam dan gula/perasa

Cara cara:
  1. Sangai/goreng kelapa parut dengan api kecil hingga sedikit perang.Jangan terlalu garing nanti makan rasa bersepah.
  2. Rebus ikan hingga masak bersama asam keping dan sedikit garam.Ambil isinya.
  3. Tumbuk bawang merah, halia serai hingga hancur.Masukkan isi ikan dan tumbuk kasar (LiNa Pg suka tektur yang masih kasar2 sebab bila makan tergigit isi ikan lagi sedap) 
  4. Masukkan garam dan gula/perasa
  5. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam kelapa parut yang disangai.Goreng dan gaul2 sekejap supaya bawang mesra dengan kelapa parut.
  6. Sesuaikan rasa.kemudian bolehlah dihidangkan

 Solok Lada.LiNa Pg rebus sebab tu nampak comot2.Kalau kukus cantik siket.Tapi lebih sedap versi rebus hingga airnya hampir kering.
Solok Lada Sedap
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan - Bahan
  • 2 ekor ikan kembung @ apa2 ikan (LiNa Pg guna 4 ekor ikan selar)
  • 10 biji Lada solok/Cili Hijau - belah tengah buang biji
  • 1 cawan kelapa - sangai hgga kekuningan (LiNa Pg tak sangai pun)
  • 3  ulas bawang merah
  • 2  ulas bawang putih
  • Sedikit halia (LiNa Pg guna 1/2 cm)
  • 1 batang serai - dihiris nipis
  • 10 biji lada hitam @ aji shio
  • 1 biji telor
  • 1 Asam keping
  • Sedikit garam
  • nisan/gula melaka
  • 1 cawan santan sederhana pekat
CARA - CARA
  1. Rebus ikan hingga masak bersama sedikit garam dan asam keping.Ambil isinya.
  2. Tumbuk lada hitam,serai,halia ,bawang,dan nisan, kemudian masukkan isi ikan, tumbuk seketika hingga bergaul mesra.Sesuaikan rasa
  3. Keluarkan bahan2 tumbuk tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar.  Selepas itu masukkan kelapa yang telah di goreng tadi kedalam bekas(  kalo rajin kelapa ni di tumbuk sedikit untuk menghaluskannya ).
  4. Gaul mesrakan bahan2 tersebut. 
  5. Pecahkan sebiji telor dan gaul rata. Kemudian bolehlah disumbatkan kedalam lada tadi. Buatlah sehingga habis
  6. Susunkan didalam periuk, kemudian masukkan secawan santan. Tutup periuk dan masaklah dengan api yang perlahan sehingga kering (dalam 10 minit)
Tumis Nasi Kerabu
 Budu ni special siket..sbb bukan pese tuang dar botol.Ianya dimasak sekejap atas dapur.So,makan banyak pun x terlalu masin...Sedapppp tuang banyak2
Telur Masin Homemade.Guna telur ayam jer..peram 2 minggu.Jimat duit kan.Telur Masin ni mahal ya ampun sekarang ni

Friday, August 4, 2017

Kuih Tepung Bungkus Sedap

Assalamualaikum..
Kuih Tepung Bungkus juga dikenali sebagai Kuih Puteri Dua Sebilik.So,jangan pandai pandai nak sekodeng puteri yang dok dalam bilik tu ya.Kalau di negeri Kelantan Kuih Tepung Bungkus dikenali sebagai Kuih Tepung Bukuh hahaa..bukuh dalam bahasa Kelantan bermaksud Bungkus..sama jer tuh.Kebiasaanya ada dijual di kedai2 makan yang menjual sarapan pagi.Kuih Tepung Bungkus ni sangat sedap...inti kelapa parut disira dengan gula merah/gula melaka terasa manis dan sedikit masin,lapisan luarnya pulak leman2 masin dan lembut..sungguh enak dinikmati..goyang2 inul gitu.Secara jujurnya inilah kali pertama saya buat kuih tepung bungkus ni.Ingatkan susah sangat, tapi bila study resepinya taklah susah sangat..cuma mengambil masa yang lama sebab banyak step.Saya kan masih dalam misi menghabiskan kelapa parut hihi.Inti Kelapa tu saya guna Inti Kelapa Parut Serbaguna yang sememangnya telah saya siapkan terlebih awal.Simpan jer dalam peti ais.Nak guna cuma ambil jer kuantiti yang diperlukan.Sudah mudah.Okey jom kita semak cara cara untuk membuat Kuih Puteri 2 sebilik ni.Resepi Kuih Tepung Bungkus ni saya adaptasi dari blog kak Hanieliza

Kuih Tepung Bungkus
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan A (Untuk Inti) 
LiNa Pg guna Inti Kelapa Serba Guna cuma tambah gandum siket

  • 1/2 biji kelapa muda parut
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 s/b gula
  • 1 s/b tepung gandum
  • 4 s/b air
  • 1 helai daun pandan

Bahan B (Onde-Onde/Salutan Inti Kelapa) 
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan air (atau secukupnya)
Bahan C (Lapisan Putih Lemak Masin)

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • sikit garam
  • Daun pisang

Cara-Cara (Untuk Inti)

  1. Satukan semua bahan A kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan (Gambar 1)
  3. Jadikan inti bebola kecil.LiNa Pg buat saiz guli.Ketepikan dahulu (refer gambar 3)
Cara-Cara (Bahan B)Onde-Onde Salut Inti Kelapa
  1. Uli tepung pulut bersama air.Masukkan air sedikit demi sedikit, Uli hingga doh tidak melekat di tangan (seperti membuat kuih Buah Melaka/Onde2) (Refer Gambar 2)
  2. Ambil sedikit doh agak2 la boleh masukkan inti kelapa (Refer gambar 3)kaedahnya sama seperti kuih buah melaka
Cara-Cara (Bahan C)
  1. Bancuh tepung beras bersama santan dan secubit garam. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat (Refer gambar 4)
  2. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran selebar tapak tangan.Lap dan bersihkan.
  3. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti (Refer gambar 5)
  4. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit (Refer gambar 6 dan 7)
  5. Sejukkan dan hidangkan.


Thursday, August 3, 2017

Cara Buat Inti Kelapa Serba Guna

Assalamualaikum...
Misi menghabiskan kelapa parut sebelum kejadian tak diingin berlaku.Gigih la buat Inti Kelapa Serba Guna ni.Sebenarnya saya hanya gunakan Sirap Gula Melaka lebihan dari Kuih Lopes tu.Jadinya kemanisan inti kelapa ni saya cuma suaipadan jer sesedap tekak.Inti Kelapa Serba Guna ni boleh dibuat inti Kuih Ketayap, Pulut Inti, Kuih Tepung Bungkus, Bun Inti Kelapa dan macam2 lagi, sebab itulah nama dia serbaguna.Dah ada readymade ni, rasa nak makan ketayap, buat dadarnya sahaja sebab inti dah ada siap2..senang kan?Jom kita semak cara lina pg buat inti ni.Kalau yang otai tu memang dah pakar la..sebab senang jer.
Saya suka inti kelapa yang lembab sedikit dan melekit2.Kalau yang kering tu rsanya bersepah..makan pun rasa nak tersedak.

INTI KELAPA 
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan: 
1/2 biji kelapa parut 
1 ketul gula kabong (potong kecil2) 
1/2 cawan air 
1 helai daun pandan simpul 
Gula (Adjust ikut selera - LiNa Pg tambah 2 sb)
Secubit garam 

Cara-Cara: 

  1. Satukan kelapa parut, gula kabong, daun pandan ke dalam kuali dan kacau rata.Gula kabong akan mula mencair. 
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus kacau.Kacau hingga gula kabong hancur dan inti sebati .
  3. Masukkan secubit garam.Sesuaikan rasa.
Inti Kelapa ini sesuai untuk dibuat



Wednesday, August 2, 2017

Biskut Bubble Rice Resepi Mudah Rangup dan Sedap

Assalamualaikum...
Biskut raya luar musim..tak pe la kan..tak lama lagi dah nak raya haji, mana tahu u olls rajin nak buat kukis.Sebenarya ni n3 tertangguh.Tak sempat nak post masa bulan puasa itu hari.Resepi Biskut Bubble Rice ni LiNa Pg buat untuk Majalah Saji.Kiranya dah lama jugak cuma tak sempat nak tayang dalam blog sendiri.Baru teringat, cepat2 la kita update.Biskut Bubble Rice sangat senang sebab tak payah terap, hanya sudukan ke atas loyang dan bakar.Cukup mudah membuatnya.
Kalau ada yang tidak kenal Bubble Rice, tuuuu yang warna koko bentuk lonjong atas paper tu.Bubble rice ada yang berwarna putih dan juga warna warni.Bubble rice makan camtu pun dah sedia rangup.

BISKUT BUBBLE RICE 
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan (~50pcs bergantung kepada saiz)

  • 100g mentega (lembutkan)
  • 50g gula perang 
  • 1 biji telur gred B
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100g tepung ros (cookies flour) boleh gantikan dgn tepung gandum
  • ½  sudu kecil soda bikarbonat
  • 50g bubble rice coklat (LiNa pg gn yang coklat
  • 30g coklat chips+white chips (simpan sedikit untuk hiasan)

Cara-Cara

  1. Ayak tepung ros bersama soda bikarbonat.Ketepikan.
  2. Gaulkan  mentega bersama gula perang hingga sebati (LiNa Pg guna spatula atau hand whisk sahaja) Boleh juga guna mixer jangan over mix
  3. Kemudian, masuk telur kacau sebati ke dalam adunan.Masukkan esen vanilla, gaul lagi.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
  5. Masuk bubble rice dan coklat chips (tinggal sedikit untuk hiasan) Gaul rata menggunakan spatula.Rehatkan doh sebentar (~15min)
  6. Sementara itu panaskan oven dan griskan baking tray/loyang dan alaskan dengan baking paper.
  7. Skop adunan menggunakan sudu kecil ke atas Loyang/baking tray.Leperkan sedikit.Hias dengan coklat chips.Jarakkan biskut antara satu sama lain kerana ianya akan mengembang semasa dibakar.
  8. Bakar hingga masak (biskut bertukar menjadi golden brown) suhu 150’C selama 25-30minit (terpulang kepada suhu oven masing-masing) Guna api atas dan bawah supaya biskut masak sekata
  9. Setelah biskut masak,biarkan seketika kemudian dengan cermat alihkan ke redai penyejuk.Biarkan biskut sejuk sepenuhnya.Kemudian simpan dalam bekas kedap udara.Selamat mencubanya
Nota kecil LiNa Pg
Tempoh membakar biskut adalah bergantung kepada suhu oven masing2 dan juga saiz/ketebalan biskut.


Tuesday, August 1, 2017

Kuih Lopes Sedap Dan Mudah Cara Membuatnya

Assalamualaikum...
Lately rajin benar buat kuih muih lama ni.Bukan rajin sangat tapi ada kisah disebaliknya.Hari tu saya minta en.suami belikan kelapa parut RM6 kononnya nak buat Nasi Kerabu, dek kerana kebizian..Nasi Kerabunya entah ke mana huhu..Untuk mengelakkan bernanah telingan kena bebel pasal kelapa parut tu saya pun buatlah macam2 kuih2 untuk abeskan.Kang lama2 dalam peti ais masam pulak nyoq tu kan?Kuih pertama yang selamat dicuba ialah Apam Nasi pastu kita godek2 pulak buat Kuih Lopes haha.Agak lama jugak saya tak buat Kuih Lopes ni sebab anak2 agak kurang gemar kuih muih tradisional ni.Tambah pulak sorang tukang makan dok asrama.Tinggal la si kecik dan si kakaknya.Kakak plak bz dengan kelas tambahan..balik pun lewat dah.So, mama dengan abahlah tukang makan..Lebih tepat abahlah tukang perabis sebab mamanya makan seketoi saja kikiiiiii.Resepi Kuih Lopes ni saya follow n3 lama boleh tengok SINI hurmmmm tahun 2011 lagi.Lama benar xbuat kuih ni.Perlu diingatkan Resepi Kuih Lopes n bukan yang tradisional ya..kalau Kuih Lopes Asli,dibalut dengan daun pisang dan direbus selama 2jam.Ada juga yang balut dengan daun pisang kemudian kukus.LiNa Pg buat cara shortcut lepas kukus, padatkan dalam loyang kemudian potong.Kalau koran tak ada daun pisang boleh guna cara ni.Kalau nak balut lepas kukus yang pertama tu boleh balut dengan pisang kemudian rebus.Okey..step awal tu sama jer.Terpulang cara masing2.Janji boleh makan kuih homemade.Jangan gaduh2 pasal asli atau ori janji kuihnya masak..sudah la kan
Kuih Lopes sesuai untuk sarapan pagi atau hidangan minum petang.Pekena dengan Teh O kurang manis atau Teh O kosong memang sedap
Kuih Lopes
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan 

  • 2 cawan beras pulut 
  • 2 cawan santan cair 
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur 
  • 1/2 st garam 
  • beberapa titik pewarna hijau 
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam (LiNa Pg kukus skjp kelapa parut) 

Cara-cara 

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.
  2. Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan dan air pandan kukus lagi selama 30minit (hingga masak)
  3. Alas bekas/loyang dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. 
  4. Kemudian golekkan dalam kelapa parut. 

Sirap Gula Melaka
1 ketul gula melaka (LiNa Pg guna gula kabong)
2 sb gula pasir
1/2 cawan air 
1 helai daun pandan

Cara
Satukan semua bahan, masak hingga gula hancur dan agak likat.Kemudian tapiskan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...