Nasi Kerabu Biru Ya Ampunnn Sedapnya

By LiNa_Pg - Tuesday, August 08, 2017

Assalamualaikum...
Nasi Kerabu ni banyak betul aksesorinya.Memang kena ada kerajinan baru boleh buat.Bagi saya lebih mudah membuat Nasi Beriani atau Nasi2 berperisa yang lain.Walaupun agak renyah tapi berbaloi2 bila dimakan sangat2 menepati citarasa.Saya masak bersama adik2 dan makan bersama2.Buat ramai2 cepat siket la siap.Nasi Kerabu ni terdiri daripada Nasi, Sambal Ikan,Tumis,Budu,Solok, Sambal Jate dan ulaman.Terlebih rajin jugak sebab Telur Masin Homemade hihi.LiNa Pg guna telur ayam jer yang dijeruk dalam air garam.Alhamdulillah sedap..lemak2 masin.Kalau nak buat ikan celup tepung,daging bakar atau ayam pun okey jugak.
Hari ni saya blurr tak tahu nak karang apa.Jom la kita layan gambar2.Nasi Kerabu ni ramai dah yang pandai buat.So,layan gambar dulu..Nanti senang saya masukkan resepi.

Nasi Kerabu Kelantan and the geng.Nasi, Sambal Ikan, Keropok, Ayam Goreng Berempah,Solok Lada, Tumis dan Budu.Lengkap semuanya..Alhamdulillah sedap.Untuk Sambal Jate Nasi Kerabu boleh tengok SINI
Nasi Kerabu Bunga Telang.Wangi aroma daun pandan dan daun limau purut.Kaler pucat siket sebab bunga telang ada 5 kuntum jer..Impot dari laman bonda.
Untuk Nasi masak macam biasa jer.Sukatan air bergantung kepada jenis beras.LiNa Pg guna beras basmati ratio 1:1
Sambal Ikan..Mewah dengan isi ikan.Yg ni nanti kemudian update sebab panjang nak menaip 
Sambal Ikan Kelapa Parut
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan bahan:
2 cawan kelapa parut putih 
6 ekor ikan kembung mabong saiz sederhana
1 asam keping
5 ulas bawang merah
2 batang serai
1cm halia
Garam dan gula/perasa

Cara cara:
  1. Sangai/goreng kelapa parut dengan api kecil hingga sedikit perang.Jangan terlalu garing nanti makan rasa bersepah.
  2. Rebus ikan hingga masak bersama asam keping dan sedikit garam.Ambil isinya.
  3. Tumbuk bawang merah, halia serai hingga hancur.Masukkan isi ikan dan tumbuk kasar (LiNa Pg suka tektur yang masih kasar2 sebab bila makan tergigit isi ikan lagi sedap) 
  4. Masukkan garam dan gula/perasa
  5. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam kelapa parut yang disangai.Goreng dan gaul2 sekejap supaya bawang mesra dengan kelapa parut.
  6. Sesuaikan rasa.kemudian bolehlah dihidangkan

 Solok Lada.LiNa Pg rebus sebab tu nampak comot2.Kalau kukus cantik siket.Tapi lebih sedap versi rebus hingga airnya hampir kering.
Solok Lada Sedap
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan - Bahan
  • 2 ekor ikan kembung @ apa2 ikan (LiNa Pg guna 4 ekor ikan selar)
  • 10 biji Lada solok/Cili Hijau - belah tengah buang biji
  • 1 cawan kelapa - sangai hgga kekuningan (LiNa Pg tak sangai pun)
  • 3  ulas bawang merah
  • 2  ulas bawang putih
  • Sedikit halia (LiNa Pg guna 1/2 cm)
  • 1 batang serai - dihiris nipis
  • 10 biji lada hitam @ aji shio
  • 1 biji telor
  • 1 Asam keping
  • Sedikit garam
  • nisan/gula melaka
  • 1 cawan santan sederhana pekat
CARA - CARA
  1. Rebus ikan hingga masak bersama sedikit garam dan asam keping.Ambil isinya.
  2. Tumbuk lada hitam,serai,halia ,bawang,dan nisan, kemudian masukkan isi ikan, tumbuk seketika hingga bergaul mesra.Sesuaikan rasa
  3. Keluarkan bahan2 tumbuk tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar.  Selepas itu masukkan kelapa yang telah di goreng tadi kedalam bekas(  kalo rajin kelapa ni di tumbuk sedikit untuk menghaluskannya ).
  4. Gaul mesrakan bahan2 tersebut. 
  5. Pecahkan sebiji telor dan gaul rata. Kemudian bolehlah disumbatkan kedalam lada tadi. Buatlah sehingga habis
  6. Susunkan didalam periuk, kemudian masukkan secawan santan. Tutup periuk dan masaklah dengan api yang perlahan sehingga kering (dalam 10 minit)
Tumis Nasi Kerabu
 Budu ni special siket..sbb bukan pese tuang dar botol.Ianya dimasak sekejap atas dapur.So,makan banyak pun x terlalu masin...Sedapppp tuang banyak2
Telur Masin Homemade.Guna telur ayam jer..peram 2 minggu.Jimat duit kan.Telur Masin ni mahal ya ampun sekarang ni

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. PH tengok jer, mata kelip2... Rajin Lina buat nasi kerabu dengan segala lauk pauk. PH tak larat nak buat, so makan kat kedai aje.

    ReplyDelete