Assalamualaikum...
Murtabak Kulit Popia ni sangat popular sekitar tahun 2013.Saya juga dah membuatnya semasa tengah hot dulu.Rupanya saya tak buat n3 pasal Murtabak tu.Hadoi agaknya sebab masa tu saya semasa arwah bonda dan adik beradik datang ke Penang.Seingat saya semasa Konvo adik bongsu kami.Maybe sebab kalut ramai2 tetamu saya lupa nak snap gambar.
Kali ni buat lagi sebab nak abeskan stok daging kisar dalam peti ais yang dah agak lama bertapa.Kita clearkan esbok yg sarat dengan muatan haba tentu Murtabak ni pun idea spontan jer versi durhaka.LiNa Pg hanya guna inti karipap yang dimodified sedikit tambah telur dan hirisan, kemudian balut dengan kulit popia heheee..senang kije.Bab mendurhaka ni LiNa Pg memang terrer...Kalau korang ada keeper resepi untuk inti karipap tu boleh jugaklah tiru versi LiNa Pg ni..Okey jom kita semak resepi
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Asal Minami 133 @myresipi
C&P embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-bahan ( 6 keping )
100 g daging cincang (LiNa Pg guna 500g)
2 biji ubi kentang (LiNa Pg guna kentang holland)
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sudu kecil garam (secukupnya)
Perasa/gula
2 biji telur
1 biji bawang cincang (LiNa Pg dadu kasar)
Daun sup (LiNa Pg skip)
Kulit popia saiz besar
Minyak
Cara-cara
- Mula2 buat inti utk murtabak (LiNa Pg guna inti karipap sebab dah ada ready stock)caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
- Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
- Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
- Pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. masukkan bawang cincang. kacau sehingga sebati.
- Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
- Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak (Refer gambar kat bawah).Terbalikkan murtabak dan masak sebelah lagi.Angkat dan hidangkan
PENCICAH CUKA MURTABAK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Tuan Tanah Rostina wind of change
Bahan2:
*Bawang besar (dihiris nipis) LiNa Pg guna 2 labu saiz kecil
*Cuka makan (2 sudu besar)
*Garam (1/2 sudu teh)
*Gula (2 sudu besar)
*Pewarna makanan (biasanya warna merah)
*Air suam (6 sudu besar)LiNa Pg guna 3/4 cawan air panas
CARA2
- Hiris bawang nipis2 dan rendamkan di dalam pewarna makanan ( titikkan 1 titik pewarna merah di dalam semangkuk air).
- Dalam mangkuk yang lain,masukkan cuka, ditambah dengan garam dan gula.
- Akhir sekali masukkan bawang tadi (ambil bawang sahaja)
- Sedia untuk dijadikan pencicah murtabak.
3 comments
Hadoi! Dari kelmarin dulu tingin nak wat murtabak ni... lastnya inti murtabak dah siap makan ngan roti jew...hiks!
ReplyDeletekak sarah pun selalu buat jgk murtabak ni
ReplyDeletebesttt.. tun sebelum ni berusaha tebar kulit murtabak. struggle nk bungkus, pastu keras kejung.. hahahaha..
ReplyDeletelast2 memang guna kulit popia je.