Assalamualaikum...
Biskut raya luar musim..tak pe la kan..tak lama lagi dah nak raya haji, mana tahu u olls rajin nak buat kukis.Sebenarya ni n3 tertangguh.Tak sempat nak post masa bulan puasa itu hari.Resepi Biskut Bubble Rice ni LiNa Pg buat untuk Majalah Saji.Kiranya dah lama jugak cuma tak sempat nak tayang dalam blog sendiri.Baru teringat, cepat2 la kita update.Biskut Bubble Rice sangat senang sebab tak payah terap, hanya sudukan ke atas loyang dan bakar.Cukup mudah membuatnya.
Kalau ada yang tidak kenal Bubble Rice, tuuuu yang warna koko bentuk lonjong atas paper tu.Bubble rice ada yang berwarna putih dan juga warna warni.Bubble rice makan camtu pun dah sedia rangup.
BISKUT BUBBLE RICE
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan (~50pcs bergantung kepada saiz)
- 100g mentega (lembutkan)
- 50g gula perang
- 1 biji telur gred B
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 100g tepung ros (cookies flour) boleh gantikan dgn tepung gandum
- ½ sudu kecil soda bikarbonat
- 50g bubble rice coklat (LiNa pg gn yang coklat
- 30g coklat chips+white chips (simpan sedikit untuk hiasan)
Cara-Cara
- Ayak tepung ros bersama soda bikarbonat.Ketepikan.
- Gaulkan mentega bersama gula perang hingga sebati (LiNa Pg guna spatula atau hand whisk sahaja) Boleh juga guna mixer jangan over mix
- Kemudian, masuk telur kacau sebati ke dalam adunan.Masukkan esen vanilla, gaul lagi.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
- Masuk bubble rice dan coklat chips (tinggal sedikit untuk hiasan) Gaul rata menggunakan spatula.Rehatkan doh sebentar (~15min)
- Sementara itu panaskan oven dan griskan baking tray/loyang dan alaskan dengan baking paper.
- Skop adunan menggunakan sudu kecil ke atas Loyang/baking tray.Leperkan sedikit.Hias dengan coklat chips.Jarakkan biskut antara satu sama lain kerana ianya akan mengembang semasa dibakar.
- Bakar hingga masak (biskut bertukar menjadi golden brown) suhu 150’C selama 25-30minit (terpulang kepada suhu oven masing-masing) Guna api atas dan bawah supaya biskut masak sekata
- Setelah biskut masak,biarkan seketika kemudian dengan cermat alihkan ke redai penyejuk.Biarkan biskut sejuk sepenuhnya.Kemudian simpan dalam bekas kedap udara.Selamat mencubanya
Nota kecil LiNa Pg
Tempoh membakar biskut adalah bergantung kepada suhu oven masing2 dan juga saiz/ketebalan biskut.
1 comments
Sedap ni, Lina! Krup krap krup krap gitu, seronok kunyah cookies especially time tonton TV.
ReplyDelete