Karipap Rangup Dan Sedap

By LiNa_Pg - Tuesday, August 15, 2017

Assalamualaikum...
Ada pelbagai resepi untuk membuat doh karipap ni.Ada yang menggunakan 3 jenis tepung ada yang hanya menggunakan tepung gandum sahaja.Apa jua bahan yang digunakan ianya bertujuan untuk mendapatkan pastry karipap yang rapuh, rangup dan sedap.Bagi saya suka resepi yang paling simple jer iaitu menggunakan tepung gandum sahaja.Bahan simple tapi karipap yang dihasilkan sangat rangup dan sedap.Dah sejuk pun masih rangup lagi.Saya menggunakan inti Kentang holland dan isi ayam yang didadu kasar.Sengaja buat kasar2 siket sebab bila makan tergigit isi ayam tu memang sedap.Hurmm penat2 mama buat karipap untuk bekal budak sarah tu buleh plak minta donut huhu..Hujan2 malas nak ooi nak mendonut jenuh nak tunggu proofing.Tunggu la cuaca panas siket ok.
Resepi karipap ni saya ambil dari umah Hana Memories jaman dia rajin berblogging dulu masa dok di Jepun sinun.La ni mana pi pun xtau dah..semoga hana & family sihat2 selalu.Rindu dengan dia

Makan karipap panas2 di kala hujan membasahi bumi, mmg sedappp.
Resepi Karipap Rangup Dan Inti sedap
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan A (Doh Karipap)
250g tepung gandum (LiNa Pg gn 2 cawan)
2 sudu besar marjerin (LiNa Pg guna Daisy)*Panaskan
2 sudu besar minyak masak *panaskan
garam
air 

Bahan B (Inti Karipap)
5 biji kentang/keledek 
200g daging/ayam cincang (LiNa Pg gn dada ayam dadu kasar)
1 tangkai daun kari
Daun sup (LiNa Pg skip sbb takut over power rasa inti)
2+1/2 sudu besar kari ayam/daging (LiNa Pg gn 1sb)
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
gula - jika perlu
air

Cara (Untuk Doh)

  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). 
  2. Gaul rata guna sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan air sedikit2. Uli doh hingga tidak melekat di tangan dan boleh dicanai serta mudah ketika mengelim.Tutup doh (LiNa Pg rehatkan doh sebentar ~30min)

Cara Untuk buat inti

  1. kentang/keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  2. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang/keledek, ayam/daging, air dan garam secukup rasa. 
  3. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam/daging masak dan air kering.last skali taburkan daun sup yg dipotong halus.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  5. Masukkan inti kentang kemudian kelim/cetak mcm biasa.
  6. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn.
Note
Inti karipap ni agak banyak, LiNa Pg adun lagi 1x doh karipap.

  • Share:

You Might Also Like

12 comments

  1. tengah cari resipi karipap...tq. sy nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah yg ni paling simple..saya cuba² buat pun menjadi..walaupun tak pandai sangat mengelim

      Delete
  2. Dah lama PH tak makan karipap. Rindu pulak lepas tengok resipi kat sini.

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Teruja tengok. In Sya ALLAH boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  4. Karipap ank2 paling suka mkn lebih2 yg ranggup, tp mama dia malas sikit bab kelim mengelim tu

    ReplyDelete
  5. Dah lama teringin nk buat boleh try resipe nie mudah dan simple..

    ReplyDelete
  6. baru na cuba. doakan mnjdi. xpena buat nihh :) tq share resepi 😍

    ReplyDelete
  7. Haritu ada buat karipap tapi kulitnya tak menjadi..sedih hati..inti dah sedap tapi kulit hancur bila goreng...Dah lama sebenarnya tak buat karipap..dah lupa sangat,dulu pon belajar dari kawan..lpas baca dan teliti resepi kak lina ni,nak cuba buat lagi..sebab tengah pregnant ni dan selalu teringin nak makan karipap hasil air tangan sendiri..DOA2 kan kali ni jadi lah..

    ReplyDelete
  8. Sama lh x jadi... Resepi kulit ni mungkin ade tertggl bhn

    ReplyDelete
  9. Boleh try ni. Selalu kat rumah adik dan emak buat jual. Bila dah tak boleh pergi kemana-mana musim PKP ni, nak tak nak kena lah usahakan buat. Hehehe.

    Hope menjadi.

    Jemput singgah blog sy ya sakinahms.blogspot.my

    ReplyDelete