Friday, August 18, 2017

Pulut Inti Sedap Sepanjang Masa

Assalamualaikum...
Sebenarnya tak plan pun nak buat Pulut Inti ni sbb tak ada tukang makan.Setakat nak makan seketoi dua tu baik beli ajer kat kedai lagi senang.Tapi hari rabu lepas saya ada buat tempahan pulut kuning,so ada sedikit lebihan santan pekat yang telah dimasak bersama garam dan gula.Mula2 rasa nak buang jer,tapi rasa sayang pulak sebab santannya mahal sekarang ni RM12 sekilo, husband saya beli kat Pasar Dato Kermat.Hurmmmm santan pun naikkkkk jer.
So, balance santan pekat tu saya guna untuk buat Pulut Inti ni.Guna 1 cawan jer beras pulut.Lagipun saya masih ada stok Inti Kelapa Serbaguna tu dalam peti ais.So, cepat la siap.Daun pisang memang dah beli untuk mengukus Pulut Kuning.Tanak pulut tu kejap jer...dah boleh makan.Alhamdulillah tak membazir.
LiNa Pg tanak jer pulut tu sebab siket jer.Ngam2 dgn Inti Kelapa yang masih berbaki
Lemak2 santan segar makan pulak dengan Inti Kelapa yang manis tu..memang sedap.
RESEPI PULUT INTI 
By: Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan - Bahan: 
1 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat  
Garam Gula 
Daun pandan simpul 

Cara-Cara: 
  1. Cuci beras pulut hingga airnya jernih.LiNa Pg rendam sekejap ~15min.Kemudian toskan
  2. Satukan santan, garam,gula ke dalam periuk kacau sehingga garam dan gula hancur.Sambil tu korang rasalah ok ke x?(part ni LiNa Pg guna santan lebihan pulut kuning mmg dah rok lemak2 manisnya
  3. Masukkan daun pandan dan beras ke dalam periuk berisi santan.Masak kat atas dapur gn api kecik.LiNa Pg gn api paling bawah.Time masak ni wangiiii sebab ada aroma daun pandan Kacau sekali sekala untuk mengelakkan pulut berkerak kat dasar 
  4. Bila pulut dan kering, kecilkan api (mcm masak nasi) tunggu hingga pulut betul2 masak.Dah siap 

INTI KELAPA (LiNa Pg guna stok Inti Kelapa SerbaGuna)
Bahan-Bahan: 
1/2 biji kelapa parut 
1 ketul gula kabong (potong kecil2) 
1/2 cawan air 
1 helai daun pandan simpul 
Gula jika perlu 
Secubit garam 

Cara-Cara: 
  1. Satukan kelapa parut, gula kabong, daun pandan ke dalam kuali dan kacau rata.Gula kabong akan mula mencair.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus kacau.Kacau hingga gula kabong hancur dan inti sebati .Masukkan secubit garam.Sesuaikan 
Pulut Kuning yang ditempah oleh jiran saya kak mai.Kerana Pulut Kuning badan binasa  inilah terhasilnya Pulut Inti.
FYI Pulut Kuning ni saya buat untuk kenalan terdekat sahaja.

3 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

sedap pulut inti ni linapg, kalau kat rumah ni buat mesti kena sekilo pulut, ank2 semua suka pulut2, sarapan dan lunch terus kalo akk masak hehe

Phong Hong said... Balas

Sedapnya, Lina. PH suka pulut inti tapi tak kuasa lah nak buat.

Amie said... Balas

Rajin Lina buat pulut inti. Seronok buat ramai2 time kenduri ni tau, gotong royong bungkus dgn daun pisang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...