Resepi Laksam Lembut Dan Licin Bila Digulung (Sukatan Cawan)

By LiNa_Pg - Monday, September 25, 2017

Assalamualaikum...
Bila semua berkumpul di rumah terajin lah siket nak masak masakan yang jarang2 dibuat.Cara buat laksam ni tidaklah sesusah mana, bahan pun simple hanya tepung beras, gandum dan air.Cuma kena ada kerajinan nan jitu untuk mengukus setiap satu loyang tu huhuhu..Perkara kedua yang selalu membantutkan projek laksam ni ialah MALAS ya ampun untuk perisi ikan (asingkan isi dan tulang)the rest tu sap..sap soi jer nak siapkan.
Kali ni LiNa Pg tetap gunakan resepi yang sama cuma kuah laksam tu olah sendiri jer ikut selera.

 Laksam Kelantan Set lengkap, Laksam, Kuah Lemak, Ulam dan sambal.
RESEPI LAKSAM HOMEMADE MENJADI DENGAN JAYA 
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/
Sumber Kak Ilah Dan Kak Rosa 
Bahan-Bahan 
3 cawan tepung beras  
1/2 cawan tepung gandum 
1/2 sudu teh garam (secubit garam) 
5 cawan air suam  
minyak utk lenser tudung periuk  
1 tudung periuk nipis 

Caranya 
Panaskan kukusan (LiNa Pg kukus guna kuali jer) bersama tudung periuk yg disapu minyak secukupnya, keliling tudung periuk, supaya adunan mudah lekang.
Setiap kali mengukus sapu kan minyak dan tudung tak perlu dicuci. 
Campurkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam besen. 
masukkan air suam tadi kacau sebati masukkan garam kacau lagi. 
Masukkan adunan ke dalam jag sambil2 di kacau supaya adunan tepung tidak mendap.
Tuangkan separuh dari tudung periuk seperti dalam gambar (atau boleh juga disenduk ke atas tudung periuk) 
Kukuslah sehingga gelembung baru angkat.Kalau tidak gelembung nanti laksam akan patah dan tak enak/tak masak. api ketika mengukus perlu kuat supaya tepung cepat masak. 
Utk cepat proses sejuk sila guna kipas angin sebab tudung periuk 1 sahaja. kalau ada 2,3 lagi cepat. tak menang tangan la pula nanti...hehehe.(LiNa Pg gulung terus masa tengah panas lagi)elok jer kejadiannya
Sila ulang langkah di atas sehingga habis.. sila guna cawan comel kalau keluarga kalian setakat 4-5 org makan 

Update:
Cara-Cara membuat laksam..boleh refer ke youtube channel.Subscribe yea sayang2 semua...LiNa Pg Punya Channel ni


UPDATE 6/12/2018 VIDEO LAKSAM TERBAHARU DI YOUTUBE LINA PG, SILA KLIK LINK DI BAWAH...RESEPI LAKSAM LENGKAP TERMASUK SAMBAL

KUAH LAKSAM SEDAP 
By Malina LiNa Pg 
Bahan-Bahan kuah laksam (5 orang makan) 
6 ekor ikan selar 
1 biji bawang besar  
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1cm halia
1/2 sudu besar lada hitam 
Sedikit belacan (LiNa Pg guna yang siap bakar)
400g santan (LiNa Pg gn santan kotak ayam brand)  
garam dan gula (atau perasa)  
2 keping asam gelugur
Air secukupnya  

Cara-Cara: 
Rebus dengan sedikit garam,gula/perasa dan asam keping rebus hingga ikan masak  
Setelah ikan masak, perisi ikan iaitu asingkan isi dan tulang (simpan air rebusan ikan)
Satukan bawang besar, bawang putih, halia,belacan,lada hitam,isi ikan ke dalam blender serta masukkan sedikit air rebusan dlm supaya senang utk kisaran.  
Masukkan bahan kisar dlm periuk,masukkan santan,asam keping, garam dan gula  
Masak dengan api sederhana hingga mendidih (kuah mestilah sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak)
Youtube terbaru 6/12/2018

  • Share:

You Might Also Like

19 comments

  1. PH tengah imagine macam mana nak kukus laksam pakai tudung periuk hee..hee.. Tapi tak ada kerajinan bab buat laksam atau nasi kerabu. Kalau teringin, pergi kedai aje hah..hah..

    ReplyDelete
  2. Thank you, Lina! Sekarang PH dah faham macam mana nak kukus laksam atas tudung periuk :D

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ikan kembong pun boleh, asalkan jgn guna ikan dukang dah la ya

      Delete
    2. Boleh kak , aslkan kuah tu mnjadi.

      Delete
  4. saya baru nak cuba hari ni.. guna ikan selayang.. risau bab nak kukus tepung tu.. haha.. sy akan kurangkan tepung sebab makan utk 2 org saja.. apa pun trm kasih resipi di atas..

    ReplyDelete
  5. Sis, kalau pakai pinggan plastik utk kukus laksam boleh x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better guna tudung periuk atau pizza plate. Kalau plastik satu hal laksam nanti melekat dan chemical reaction satu hal lagi.

      Delete
  6. Tq lina halalkn saya gunakn blog awak sebg rujukan...menjadi

    ReplyDelete
  7. Tq lina...saya gunakan resepi lina buat laksam..memang menjadi..lembut laksamnya

    ReplyDelete
  8. Salam kak..camne nk kukus guna kuali tu..xberapa fhm...bawah tudung periuk tu akak alas dgn apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu sy alas dgn alas besi yg ltk periuk ke kuali pnas tu

      Delete
  9. Mudah nampak. Antara rajin dengan malas je. Hehehe.

    ReplyDelete
  10. Kalau 60btg laksam..anggaran tepung beras tuh brpe???

    ReplyDelete
  11. Klau nk guna dulang utk kukus laksam tuh bole ke

    ReplyDelete
  12. sy guna pinggan tupperware...x melekat lgsung...tp sy tambah sikit minyak masak dlm bancuhan laksam...elok cantik kejadiannya.tq kak lina resepinya

    ReplyDelete