Assalamualaikum...
Suka makan peria tak?Saya sendiri pun bukan suka sangat makan peria ni,tapi sebab en.suami ada masalah gout dia selalu beli sebab Peria ni sangat bagus untuk kurangkan/hilangkan asic uric yang terkumpul tu.Jadi saya kenalah olah sayur peria ni dengan pelbagai cara.Selalunya buat sayur goreng,masak lemak macam tu jer.Kali ni makan secara 'raw'hahaaa..Pahit tak?kalau ratah adalah siket rasa pahit, tapi kalau makan bersama nasi takde pun rasa pahit tu.Petua hilangkan/kurangkan rasa pahit peria ialah dengan merendam dalam air garam.Lepas tu masak macam biasa.
Okey jom kita semak resepi Kerabu Peria ni..pahit2 itulah ubat kan?Resepi cukup mudah.Kalau buat banyak simpan jer dalam peti ais.Resepi ni tidak menggunakan santan.Kalau bersantan atau menggunakan kelapa parut, kerabu tak boleh simpan lama, nanti basi.
- 2 biji peria katak saiz kecil
- 1/2 batang karot (potong bentuk batang mancis)
- 2 biji cili merah (hiris nipis)
- 1/2 cawan ikan bilis (goreng garing)
- 1/2 labu bawang besar (hiris nipis)
- 1 batang serai (hiris nipis)
- 1 kuntum bunga kantan (hiris nipis)
- 3 biji limau kasturi (ambil jus)
- 1 sudu besar sos ikan
- Garam,gula dan perasa
Cara-Cara
- Peria dibelah dua, buang biji dan hiris nipis.Rendam dalam air garam (LiNa Pg rendam selama ~20min untuk kurangkan rasa pahit).Kemudian bilas dan toskan.
- Satukan jus limau kasturi,garam,gula,sos ikan,bawang dan hirisan cili.Sesuaikan rasa.Kena ada rasa masam,manis,masin dan sedikit pedas.Kalau nak pedas lagi tambah cili padi
- Masukkan karot,peria,serai dan bunga kantan.Gaul sebati.Simpan dalam peti ais selama 20min supaya kerabu mesra.Tabur ikan bilis goreng semasa menghidang.
2 comments
sedap tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap syu
Delete