Assalamualaikum...
Bila balik dari kampung (masa raya haji) terus semangat nak buat Nasi Kerabu hehee.Bukan apa sebab dah gigih kutip bunga telang dari laman Teratak Bonda,mesti teruja nak buat nasi kerabu ni.Kebiasaannya mmg selalu bertangguh jugak nak buat sbb banyak bahan lain yang diperlukan (yang selalu tak ada kat dapur) seperti Kelapa Parut dan santan segar.So,saya keringkan dulu bunga telang tu dan simpan dalam bekas kedap udara.Alhamdulillah boleh digunakan walaupun sudah berminggu tersimpan.
Kali ni Nasi Kerabu Bunga Telang yang saya buat agak ringkas sahaja iaitu Nasi, Serunding Kelapa Ikan Kelapa,Tumis,Telur Masin(kali ni beli jer)yang dulu buat sendiri.Ulam pun serba ringkas.Tapi tak ketinggalan Budu dan Sambal Jate la kannnn?Tak ada sambal jatey ni cam tak lengkap la nasi kerabu.Resepi sama juga cam yang version dulu
Serba ringkas jer kali ni.Resepi tgk kat n3 sebelum ni ya...sama jer
1 comments
Lina, PH teringin sangat nak makan nasi kerabu hee..hee... Hajat hati nak masak sendiri one of these days tapi belum lagi kesempatan.
ReplyDelete