Wednesday, December 20, 2017

Ikan Pesmol Resepi Chef Wan

Assalamualaikum...
Entry ringkas di pagi Rabu iaitu Ikan Pesmol resepi ni saya pernah buat beberapa kali jugaklah rasanya seakan percik.Cara Buat Ikan Pesmol ni agak ringkas sebab ikannya digoreng sahaja kalau percik kena bakar.Jom kita layan resepi.Dah lama buat ni dah tayang lamaaaa kat IG sinun..Jom follo IG Malina LiNa Pg 
Gambar cincai ajer huhu..Ikan Pesmol, Senangin asam rebus, ulam dan senangin goreng.Ala kampung ajerr
RESEPI IKAN PESMOL
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber Chef Wan/Sherina
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap dibersihkan (LiNa Pg gn 4 ekor kembung curut)
garam, kunyit dan lada hitam yang baru dikisar
1 batang serai dititik
2 cm lengkuas dititik
5 biji cili padi
Sedikit hirisan karot
Buah tomato
Daun ketumbar
2 helai daun limau purut 
2 helai daun salam
2 cawan santan pekat 
jus limau nipis (dari  biji limau)
gula

Bahan Kisar
5 tangkai cili merah (lina pg gn 2 sb cili giling)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras (xletak)
1/2 sudu teh kunyit serbuk
2.5 cm halia

Cara-Cara
Lumurkan ikan dengan garam, kuinyit dan lada hitam. Goreng ikan dengan minyak yang penuh sehingga garing.
Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut, karot (karot terlupa nak letak)
Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula
Masukkan buah tomato dan daun ketumbar.Kacau rata

Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...