Tuesday, February 27, 2018

Cara Buat Pisang Goreng Yang Rangup Dan Sedap

Assalamualaikum...
Ramai yang tercari cari resepi goreng pisang yang rangup kan?Kali ni saya nak kongsikan Resepi Pisang Goreng Crispy yang cukup mudah.Bahan yang digunakan serba ringkas sahaja.Tak guna air kapur pun.Saya sendiri pernah mencuba pelbagai resepi untuk menghasilkan Pisang Goreng yang rangup..ada yang sememangnya rangup setelah siap digoreng tetapi menjadi lembik dan tidak sedap bila sudah sejuk..ada sesetengah reseppi pisang goreng menjadi liat apabila sejuk.Okey jom kita semak resepi Pisang Goreng Rangup Dan Mudah
Nampak rangup kan Pisang Goreng ni?
Pisang Goreng Crispy
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan A
Pisang yg sesuai digoreng secukupnya (LiNa Pg guna pisang kebatu)
Minyak masak secukupnya

Bahan B (Batter)
450 ml air 
2 cawan tepung tepung gandum
4 sudu besar tepung beras
4 sudu besar (penuh) marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam

Cara2 menyediakan
  1. Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas.  Kisar sehingga batter sebati, rata & halus.  Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
  2.  Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter.  Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
  3. Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos.  Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap atau dimakan begitu sahaja bersama minuman kegemaran.  
  4. Selamat mencuba!

3 comments:

Phong Hong said... Balas

Mesti cuba ni, Lina! Memang pun tengah cari resipi batter yang cripsy lepas pisang goreng dah sejuk.

Hans said... Balas

boleh cuba nih :)

Gee_poziah said... Balas

Memang crispy...anak² suka.tp belum sempat sejuk dah habis..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...