Resepi Teresek Jantung Pisang Arwah Bonda LiNa Pg Sungguh Sedap Dan Mudah.

By LiNa_Pg - Tuesday, February 13, 2018

Assalamualaikum....
Dah lama berangan2 nak membuat Teresek Jantung Pisang ni.Kalau dulu bila balik kampung selalu req dengan arwah ma.Dan arwah akan bersusah payah cari jantung pisang yang sesuai untuk dibuat Teresek..sekali masak 2 ekor ayam untuk anak2 dan cucunya.Masa tu tak terfikit untuk belajar sebab selalunya arwah bonda buat terlebih dahulu(kiranya hidangan utk sambut kepulangan anak2)hurmmm..jadinya cuma tahu makan jer.Bila bonda dah tak ada barulah teraba raba mencari resepi..Mujurlah my sis pernah buat beberapa kali Teresek ni.So,kita refer sahaja ke blog Embun sinun..kalau arwah bonda masik ada dah tentu calling2 tanya2kan resepi.Kadang2 tu sesaja call jer nak bersembang...Terasa rindu dengan arwah ma..al fatihah buat bondaku..Tenanglah ma di sana..Bagi sesiapa yang menggunakan resepi ni saya minta sedekahkan al fatihah untuk arwah bonda saya Rubiah binti Deraman
Teresek Jantung Pisang resepi bonda saya ni tidak menggunakan rempah kari, hanya sedikit biji ketumbar jer  yang disangai dan dikisar untuk menambah aroma Teresek.Ada jugak resepi yang menggunakan rempah kari..yg ini kalau tersilap teknik ianya menjadi 'Kari Ayam biasa' atau lebih menjurus kepada 'rendang'tapi terpulang kepada citarasa masing2.

Jantung pisang yg saya gunakan kecil sahaja..terus hilang dari radar di bawah timbunan ketulan ayam2 tu hehee..Walaupun rupanya tidak semenggah, tapi rasanya memang Teresek dan bukannya rendang.
TERESEK JANTUNG PISANG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Resepi Arwah Bonda LiNa Pg Dan EKR

Bahan-Bahan
1 biji jantung pisang - dihiris dan dicelur sekejap
5 biji cili hijau / cili padi, untuk lebih pedas
1/2 ekor ayam - di potong kecil (biasa guna bahagian tulang , hati n pedal)
1 inci halia (Kisar)
1 inci lengkuas (kisar)
Sedikit kunyit hidup (kisar)
6 ulas bawang merah  (kisar)
1 ulas bawang putih (kisar)
1 sudu besar ketumbar biji - disangai dan (kisar)
5 tangkai cili kering (LiNa Pg guna 1 sb cili giling)
3 cawan santan
2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
garam, nisan/gula  melaka, secukup rasa

Cara2 membuatnya


  1. Masukkan ayam ke dalam periuk/kuali.Masukkan bahan2 kisar dan santan,garam , nisan,asam keping masak seketika, atau ayam separuh masak. 
  2. Kemudian masukkan jantung pisang , guna kan api yang sederhana, selepas itu masukkan kerisik, dan cili hijau. masaklah sehingga kuah tinggal sedikit, atau hampir kering. Siapppp

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. jantung pisang yang sesuai, rebus aje pun sedap ulam

    ReplyDelete
  2. Dapat jantung pisang. Teringat teresek bonda.. Ku google..n kutemui ank bonda punye rcp.. Smg jadi knyataan utk wt teresek bondaku.. Alfatihah

    ReplyDelete