Resepi Kuih Ketayap Sedap Dan Lembut

By LiNa_Pg - Tuesday, February 20, 2018

Assalamualaikum...
Beberapa hari tak bersiaran sebab bercuti panjang.Kita pun sebuk nak beraya jugak hahaa.Ekceli Kuih Ketayap ni saya buat mggu lepas lagi saja buat sebab nak abeskan inti kelapa dalam peti ais.Lama betul saya tak buat Kuih Dadar Gulung ni sebabnya saya ni malas nak buat 'lempeng' selai2 tu..adus bercinta betul.Tapi bab makan laju jer abes kikiii..Ok resepi ni saya masih gunakan versi yang lama bertahun tak buat.Last tahun 2009 lagi.Okey lah malas dah nak menaip jom kita semak resepi.

Gambar ni saya snap dgn hp jer..dah petang gelap dah pun 6.30pm.Takpelah janji ada rupa hehee
KUIH KETAYAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Asal Mama Kastam (MyR)
Bahan-bahan ( 22 btg ) LiNa Pg buat 1/2 dari adunan di bawah
3 cawan tepong gandum
1 biji telor
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perwarna hijau
4 cawan air
1/2 cawan minyak masak*
3 helai daun pandan*

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan, kecuali yang bertanda *, kacau sehingga rata. Kemudian tapis.
  2. Masukan minyak dalam mangkuk kecil. Daun pandan di potong 3 bahagian kemudian di ikat dengan getah gelang. Bahagian hujungnya di siat2 supaya senang untuk menyapu minyak pada kuali.
  3. Panaskan kuali. Angkat kuali tadi kemudian sapu minyak dan sendukan satu senduk kecil adunan kedalam kuali tadi dan goyang2 kan kuali supaya adunan menjadi dadar. Letakkan semula kuali di atas api.
  4. Setelah dadar masak, angkat. Isi satu sudu kecil inti kelapa. Susun memanjang, kemudian lipat di kiri dan kanan. Setelah itu gulung dadar tersebut.
  5. Dah siap..makan..makan..
Note:Untuk Inti Sila Refer 

  • Share:

You Might Also Like

1 comments