Terima Kasih Majalah SAJI Ogos 'Raikan Syawal'

By LiNa_Pg - Friday, July 24, 2015

Assalamualaikum...
Alhamdulillah rezeki di bulan Syawal...Saya berpeluang berkongsi 9 resepi dalam Majalah tersohor di Malaysia iaitu SAJI Raikan Syawal yang bertemakan Nasi dan juga lauk pauk juadah raya/open house.Ramai chef2 hebat berkongsi resepi dalam keluaran kali..rasanya cuma saya dan kak amie jer blogger dalam keluaran kali....Terasa sungguh kerdil diri ni berbanding mereka yg sudah ternama dalam bidang masakan.Apapun itu kan rezeki masing2.Terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Joha Ahmad (Editor Majalah Saji) kerana memberi peluang kepada saya untuk bekerjasam dengan SAJI dan menyumbangkan resepi.
Paling membanggakan saya apabila 2 menu masakan saya iaitu Nasi Minyak Jus Oren dan juga Beriani Kambing menghiasi Cover Majalah Saji...Bukan senang ya gambar masakan blogger berada di cover majalah heheee.
So,kepada followers/silent reader TMK cepat2 dapatkan SAJI yang sudah pun berada di pasaran...Jangan lambat2 nnt habes...Majalah ni terlajak laris macam goreng pisang panas..

Nasi Minyak Jus Oren Dan Kambing Beriani (tepi jus tu) gambar dari hasil masakan saya..
 Gulai Bawang Goreng dan Kambing Beriani..satu resepi satu page..
 Kerutuk Kambing dan Nasi Minyak Jus Oren...penuh gambar nasi minyak tu satu page

 'Antusias' cam pelik bunyinya...ramai yg tanya saya apa maksudnya..saya sndri pun xtau..so gugel cari maksudnya..rupanya ia membawa maksud 'MINAT YANG MENDALAM' ala-ala passionate gitew la

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Selamat Hari Raya Lina...TAHNIAH dari kak tie.Bangganya rakan alam maya kuar magazine..!!

    ReplyDelete