Resepi Nasi Limau Purut Beraroma Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Tuesday, October 13, 2015

Assalamualaikum...
Kebelakangan ni agak bz siket dengan tempahan.Tempahan kek dan juga tempahan bidan terjun hehee...Biasanya kalau bz ngn order,sy cuma akan masak yg simple2 jer..ada nasi lauk dan sedikit sayur..Kadang2 nasi dan lauk goreng jer semata kih..kih..kih..Janji anak2 kenyang sudah la kan.Bila free siket saya akan buat sesuatu yg special siket tp paling ringkas yg mungkin.Nampk gempak tp yg mudah2 haaaaa gitew.
Kat rumah saya ni ada 2 pasu pokok pokok limau purut..daun pun alhamdulillah lebat.Tangan ni terasa gatal nk pangkas sebab naik meninggi camtu...Tp kalau pangkas dan simpan jer daun tu cam rugi pulak..So,apakata kita manfaatkan daun limau purut tu yg segar bugar dari balkoni.Maka terhasil lah Nasi Limau Purut Beraoroma dan juga Ayam Limau Purut..Segalanya limau purutt hahaaa...Sedap jugak resepi cubaan ni.


Ala-ala nasi lemat pulak sbb ada telur..
 wangi betul aroma daun limau purut ni..semerbak time dok masak tu

RESEPI NASI LIMAU PURUT BERAROMA
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan-Bahan A
  • 3 cawan beras basmati
  • 1/2 cawan santan pekat/susu cair
  • 1 kiub ayam
  • 5 helai daun limau purut (siat-siat)
  • Sedikit gajus (untuk hiasan)
  • 1 helai daun pandan (siat dan simpul)
  • Sedikit butter/minyak masak
  • Sedikit pewarna hijau
Bahan Kisar (Bahan B)
  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 pokok ketumbar
  • 3 cawan air
** Tapis halus semua bahan ni - jadikan 3  cawan**

Bahan Hiris/Mayang Halus (Bahan C)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 cm halia
Cara-Cara

  1. Beras dicuci bersih.Rendam selama 20min.Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak tumiskan bahan hiris hingga terbit bau.
  3. Masukkan air (Bahan B) daun pandan, daun limau purut dan kiub ayam.Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan beras, santan dan gaul sebati.Kacau sekali sekala supaya tidak berkerak.
  5. Bila nasi kering, kecilkan api dan titiskan sedikit pewarna hijau dan taburkan gajus.
  6. Tunggu hingga nasi betul2 masak (mcm masak nasi biasa)
  7. Selepas nasi masak.Bolehlah digembur2kan dengan menggunakan garfu.Sedia dihidang bersama lauk kesukaan

  • Share:

You Might Also Like

0 comments