Resepi Ayam Limau Purut

By LiNa_Pg - Wednesday, October 14, 2015

Assalamualaikum..
Sinambungan Nasi Limau Purut..inilah gandingannya..iaitu Ayam Limau Purut.Sedap dan beraroma.
Memang ngam sangat digabungkan kedua2 juadah ni..Simple saja..sangat straight forward.Janji sedap kat anak tekak kami sekeluarga.
Malas nk celoteh panjang...jom la layan resepi dan cuci mata...

X cantik lak gambar ayam ni maybe sebab cuaca x berapa okey..jerebu jer kat luar sana...Xpelah jani nampak rupa paras ayam tu jadilah...

RESEPI AYAM LIMAU PURUT
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • 10 ketul ayam(perasakan garam kunyit, goreng hingga masak-ketepikan)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar
  •  1 pokok ketumbar (kisar)
  • 6 helai daun limau purut (kisar)
  • 2 biji cili merah (kisar)
  • Sedikit halia (kisar)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 helai daun limau purut (siat-siat)
  • Cili merah & cili hijau (hiris-hiasan)
  • Tomato ceri 
  • Sedikit air
  • Minyak
  • Garam dan gula/perasa
Cara-Cara
  1. Panaskn minyak, tumis bahan2 kisar hingga garing, Masukkan cili giling.Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tomato, sos tiram dan daun limau purut.Masukkan sedikit air..renehkan sebentar.
  3. Masukkan ayam (yg telah digoren tadi)Gaul sebati dan mesra dengan bahan tumisan.Sesuaikan rasa (tambah garam dan gula/perasa jika perlu)
  4. Masukkan cili merah/hijau dan tomato.Kacau sebentar.Tutup api.dah siap

  • Share:

You Might Also Like

0 comments