Resepi Nasi Kunyit@Nasi Kuning

By LiNa_Pg - Tuesday, October 20, 2015

Assalamualaikum...
Dah ada plan ke nak masak apa hari ni?Biasanya kalau free atau tak bz dengan hal2 lain, saya suka masak nasi berperisa untuk family (sekali sekala jer la)Kiranya cam menu spesel gitew.Tapi resepinya yg simple jer..yg penting nmpk gempak haaaa.Nasi Kunyit ni buat untuk menghabiskan beras basmati yg tinggal siket jer...Makan lak dengan Kambing Masak Kari Pakistan tambah ayam goreng untuk anak2 mmg sedap.Acar x buat sebab x sempat just hirisan timun jer.Ekceli ni menu Jumaat lepas ni.Agak kelam kabut sbb bujang sulung dan en.husband nk makan sebelum ke masjid.Snap pun lebih kurang jer la.

Walaupun simple tapi alhamdulilla sedap

RESEPI NASI KUNYIT@NASI KUNING
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)

Bahan-Bahan
  • 3 cawan beras basmati
  • 3 1/2 cawan air (bergantung kepada jenis beras yg digunakan)
  • 1/2 cawan santan/susu cair
  • 1 kiub ayam
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • sedikit halia (tumbuk)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 2 helai daun pandan simpul
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Kunyit dan sedikit pewarna kuning
  • Minyak
  • Bawang goreng dan gajus
Cara-Cara:
  1. Cuci beras basmati.Rendam dengan air selama 25min.Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bahan tumbuk dan serai hingga terbit bau (Tak perlu garing)
  3. Masukkan air,sedikit kunyit/pewarna kuning, kiub ayam dan daun pandan.Biarkan hingga air mendidih.
  4. Masukkan beras dan santan.Masak mcam nasi biasa.Kacau sekali sekala untuk mengelakkan berkerak di dasar periuk.
  5. Biarkan hingga nasi kering, buat lubang2 dengan belakang sudu/chopstick, titiskan pewarna kuning.
  6. Tutup periuk, biarkan nasi masak sepenuhnya.
  7. Apabila nasi telah masak, gembur2 nasi menggunakan garfu.Taburkan gajus dan bawang goreng semasa menghidang.

  • Share:

You Might Also Like

3 comments