kek

Kek Cempedak Cheese Lembut Dan Gebu

By LiNa_Pg - Friday, September 23, 2016

Assalamualaikum
Wah pagi2 lagi update blog sementara mood rajin masih membara..kang angin malas mai ssh plak hihi.Sekarang ni banyak nau buah cempedak di luar pagar.Tak payah jolok boleh petik jer cuma hulur duit dapat la cempedak tu.Saya punya ni free jer sebab impot dari kg.Tak tau dah nak buat apa.Kalau asyik goreng jemu jugak kan.Memandangkna stok telur ada..terus godek2 buat kek.Kek yg mudah2 ajer lah.Nak buat kek lapis cempedak cam tiada kerajinan plak.Buat kek butter cempedak pun jadilah.Boleh buat minum petang.Kek ni saya buat ptg kemarin,masih suam2 dah potong dan nyabor nak ngap.Ternyata sedap, lembuttttt,lemak2 cheese tu saja nak potong siket rasa manissss cempedak tu.Kalau ada yang berminat..meh kita semak resepi

cempedak masak, resepi kek cempedak mudah, kek cempedak gebu
walaupun resepi eksperimen tapi hasilnya memuaskan...kek cantik x merekah dan manisnya memenuhi piawaian tekak kami

KEK CEMPEDAK CHEESE
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-bahan  

  • 5 biji telur 
  • 3/4 cawan gula halus 
  • 2 cawan tepung gandum  
  • 1 sk baking powder 
  • 2 sudu susu pekat manis 
  • 1 sudu besar ovallate 
  • 1 cawan butter cair 
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 1 cawan isi cempedak (LiNa Pg gunting2 siket)
  • 70g cream cheese (LiNa Pg cairkan secara double boil-sejukkan sebentar)

Cara-cara 

  1. Panaskan oven suhu 150'C Ayak tepung gandum bersama baking powder-Ketepikan 
  2. Lenser loyang kek dgn mentega (LiNa Pg guna bekas aluminium jer).Alaskan dengan baking paper. 
  3. Pukul telur bersama gula, ovallate dan cream cheese hingga kembang. 
  4. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  5. Masukkan butter cair ,sambil dipukul perlahan sekadar untuk adunan bergaul rata. 
  6. Masukkan gandum. Gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan isi cempedak, gaul menggunakan spatula sahaja.Gaul sekejap sekadar rata.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2.

cempedak masak, resepi kek cempedak mudah, kek cempedak gebu
Close up siket...gebu kan?lembut kan?sedap x?op kos la kannnn..tambah lak ada cis tu lagilah sedap

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Kak Lina, dekat resepi tu, sukatan susu pekat ada sudu dan cawan
    Kena betulkan balik tu. Terima kasih


    ReplyDelete
  2. @wachak
    Wa..susu pekat tu kak lina guna 2 sudu besar jer..
    Dah buat correction.
    Typo la tu hihi..

    ReplyDelete