Tempahan Kek Karamel Coklat Moist

By LiNa_Pg - Friday, March 17, 2017

Assalamualaikum..
Hari ni hari terakhir anak2 bersekolah, esok dah stat cuti penggal..seronok jadi bebudak sekolah ni kan?Sat2 cuti jerr.Mak2 jer yg tak pernahnya dapat cuti, anak cuti mak lagiiiiiiii banyak kije..pg petang malam asyik masak2 jer kejenya.
Membebel plak ptg ni hehee..Okeylah tempahan hari ni 3 biji kek karamel coklat moist ditempah oleh jiran saya kak mai.Dah selamat hantaq tadi..tekan lift jer pi hantaq heheee..

Lawa jer kan kek tu tiga2 pun ok2 jer kan?hurmmmmmm itu yg korang nampak, saya yg buat ni nak sakit jantung siapkan 3 biji kek ni.Bayangkan karamel tu xmo beku/masak..dah hampir 2jam..2jam tau bukan doploh minit.Terus buat plan B, minta en.asben tukarkan heater element oven kecik saya.Masa mula2 bakar saya guna oven lain..sebab oven pensonic rosak, mujurlah ms g amek Reward tu dah beli siap2 heater dia..terus jer tukar alhamdulillah kek pertama beraya disiapkan dalam ms hampir 3jam..Pengsan mak nakkkkk.Kek kedua plak air kering ms tgh bako....hadoi macam2 betul la..kek ketiga saya tunggu depan oven..ms bako..nah kooo..puas ati.Mujurlah bila diterbalikkan kek..kesemuanya dalam keadaaan sempurna..tiada cacat celanya..Dugaaannnnnnn dunia baking.Nampak mudah tp memerlukan kesabaran.

Opss..cuti sekolah ni saya tak ambil tempahan baru.Cuma buat yg sudah buat payment sahaja.Tak bercuti ke mana pun.Ada urusan keluarga jer

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Oohhh..Lina, payah kan nak buat kek cam tu? Tapi bila dah siap, puas hati dengan hasilnya. PH takut nak buat kek ni. Macam sure fail aje. hah..hah...

    ReplyDelete