Kerabu Beko Sedap Dan Unik Rasanya

By LiNa_Pg - Wednesday, October 11, 2017

Assalamualaikum...
Beberapa hari tak bersiaran sebab tuan rumah kurang sihat, demam2,selsema dan batuk.Ya Allah lama sungguh tak demam..Allah bagi sakit untuk menghapus dosa..amin.Hari ni juga anakanda saya Nisa menduduki Peperiksaan PT3 kertas terakhir semoga kakak dapat menjawab soalan dengan tenang dan beroleh kejayaan yang cemerlang.
Okey berbalik kepada tajuk n3 hari ni, Kerabu Buah Beko ni saya buat pada hari sabtu lepas..tu pun jenuh tanya kawan2 kat fb dan ig camana caranya untuk buat kerabu.Sebabnya bila saya gugel cam complicated siket kaedah penyediaannya..kerana perlu dicuci dan dibakar terlebih dahulu.Ada setengahnya direbus/celur.So, saya memang blank tak tahu baiklah bertanya kepada yang lebih arif.Kalaulah arwah bonda masih ada sudah semestinya beliaulah saya akan call dan menjadi pakar rujuk...(tetiba sedih pulak)Al-fatihah buat bondaku Rubiah bt Deraman.
Buah Beka ini juga dikenali sebagai Buah Bonglai..pokoknya tinggi (jenis pokok kayu) saya tengok gambar dari Dedaun Alam  sebabnya saya sendiri tak pernah tgk pokok dan buah yang real.Buah Bekor ni husband beli dari Pasar Malam Bayan Baru.Harganya boleh tahan mahal RM6 sekeping (sekeping ke apa ntah penjodoh bilangan untuk Buah Beko ni)
Untuk membuat kerabu Beko yang merujuk kepada blog KakWan (Pakar Masakan kelantan dll) 

Masakan Authentic
Ya Allah..sedap sungguh la Kerabu Beko ni..pertama kali saya makan ni tau.Walaupun kaedah penyediaannya agak rumit, tapi sungguh berbaloi sebab anak2 jugak suka makan Kerabu Beka ni
Ini rupa buah Bonglai/Buah Beko/Buah Beka/Buah Bekor sebelum diproses.Cam tali pinggang pun ada haha...

KERABU BEKO
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan Bahan
1 keping buah beko/buah beka/buah bonglai
1 cawan kelapa parut putih (sangai)
2 ekor ikan selayang (rebus)
1/2 cawan santan (LiNa Pg panaskan sebentar dalam microwave)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 cm halia (tumbuk)
1 batang serai (tumbuk)
1/2 labu bawang besar (mayang halus)
2 biji cili padi merah (hiris nipis-jika suka pedas)
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Sedikit perasa
Jus limau kasturi

Cara
  1. Buah beko dibakar atas api hingga kulit luarannya melepoh/menggelembong dan kehitaman.
  2. Lalukan pada air paip sambil kikis/buang kulit yang hitam.
  3. Hiris nipis.Masukkan ke dalam bekas yang besar.Ketepikan sebentar.
  4. Ikan direbus hingga masak (LiNa Pg perasakan secukupnya dengan garam,gula dan asam keping)Asingkan tulang dan ambil isinya.Ketepikan
  5. Tumbuk kasar halia,bawang merah dan serai.Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk.
  6. Masukkan serbuk lada hitam,perasa,garam dan jus limau kasturi.Ketepikan sebentar.
  7. Sementara itu, sangai kalapa parut hingga kekuningan kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi.Gaul rata.
  8. Ambil mangkuk yang berisi buah beko yang hiris nipis tadi,masukkan hirisan baang besar.Kemudian masukkan serunding kelapa+isi ikan tadi.Gaul rata.
  9. Masukkan santan (yang telah dipanaskan sebentar dan gaul rata.Sesuaikan rasa.Jika suka pedas tambah cili padi.Kerabu Bekor sedia dihidang

Untuk lebih jelas, boleh refer YouTube LiNa Pg

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. Lina, aneh buah ni. First time PH dengar dan lihat. Ya, macam tali pinggang hah..hah.. Entah bila plak ada peluang nak terjumpa buah beko ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat kerabu pun complicated PH..tp rasanya mmg sedappppp

      Delete
  2. Saya biasa tengok pokok ni since kecik 2 dulu sbb ada pokoknya di kampung. Memang tinggi pokoknya, kena kait dgn galah panjang. 2-3 orang pegang galah supaya tak jatuh. Sekarang pokoknya dah tak berbuah, dah tua. Pucuk pun bole makan juga Kak, ubat darah tinggi.

    Tapi sy tak makan buah @ pucuk beka ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa..awat tak makan puan Hazel?spesis rare buah beko ni..sy pun pestaim makan(sbb x pernah jumpa)
      Ada buah meh..bg akak la hahaa

      Delete
  3. Pokok ni senang nk tanam..ambil btg yg tua dan cucuk kt tanah jer..siram selalu..semudah nk tanam pokok ubi..
    InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. Mmg pokok belo mi tinggi ikut kejadianny..biasa kt kampung orang buat pagar..sy tanam jg..senang hidup pokok beko ni..sb x nk bg tinggi..sy selalu patah patahkan dahan ny..alhmdulillah.
    Polok x akn naik tinggi..x yah guna galah..nk ambil pucuk maupun buah.

    ReplyDelete