Sira Ubi Kayu Resepi Mudah Dan Sedap Ya Ampun

By LiNa_Pg - Thursday, October 26, 2017

Assalamualaikum...
Misi menghabiskan ubi kayu.Al kisah sebelum bercuti panjang aritu en.asben ada belikan ubi kayu katanya nak buat bingka.Kebetulan masa tu saya kurang sihat dan memang tak larat nak buat kuih2 atau eksperimen apa2.Setakat nk makan nasi dan lauk tu gigih jugaklah masak.Lepas setel kenduri tengok cam kesian lak ubi kayu ni...nak buat bingka malas nk guna oven hahaa..malas nak parut dan pebagai punya malas la kiranya.So saya gugel la cari idea..Terjumpa Sira Ubi Kayu ni umah kak nor..terus ON la Sira Ubi Kayu..memang sedap..cantik kilat2 gitew.Anak2 saya memang kureng siket bab kuih/makanan old skool camni.Tapi laku pulak bila buat Sira ni..Resepi Sira Ubi Kayu ni sangat mudah dan straight fwd jer.Lepas rebus tu saya tak buang/kurangkan air pun terus jer masukkan gula+nisa dan bahan2 lain.Masak sampai likat.That's all..
Sedikit tips LiNa Pg masak guna api kecil sahaja..So, ubi dimasak secara perlahan2 dan segala karamel tu meresap ke dalam ubi semasa proses menyira dan menghasilkan tektur Ubi Sira yang meletopppps...Serius sedappppp

SIRA UBI KAYU
Sumber KakNor
Bahan2:
500gm ubi kayu
1/3 cawan gula nisan-terpulang selera (LiNa Pg gn 2 keping nisan keret)
2 sudu besar gula pasir (LiNa Pg tambah bagi likat dan kilat2 siket)
2 helai daun pandan
secubit garam
air secukupnya

Cara:
Bersihkan ubi kayu dan potong kecil.
Rebus ubi kayu dlm air yg menutupi paras ubi hingga empuk.
Keluarkan air dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan (lebihkan jika ingin kuahnya lebih) 
Masukkan gula nisan, daun pandan dan garam.
Masak hingga gula nisan hancur dan kuah menjadi pekat/likat.
Angkat dan hidangkan.

* boleh gantikan gula nisan dgn gula pasir atau gula melaka..

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Kakau dapat ubi yang elok empoknya memang sedap sangat lina.arwah mak mertua dulu suka masak sira ni acik tengok lepas tu buat pulak..suami suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu acik..
      Makanan dolu² ni mmg sedap dan x jemu makan..
      Tak sangka lak anak² pun suka makan sira ni

      Delete