Sardin Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sangat Sedap| Resepi Gulai Lemak Sardin Tak Perlu Tumis

By LiNa_Pg - Wednesday, November 13, 2019

Assalamualaikum...
Sapa penggemar sardin?Selalunya korang masak apa ikan sardin tu?Saya ni memang suka makan ikan sardin.Kalau kat rumah mesti sentiasa buat stok ikan sardin.Senang keje in case lauk pauk basah dah habis atau dah jemu makan lauk2 ayam ni boleh makan sardin pulak.Menu yang selalu saya ulang siar ialah Sambal Tumis Sardin, Sardin Masak Kicap.Pusing2 dua menu tu la dok ulang.Kalau buat Roti Puri barulah saya buat Kari Sardin Tanpa Santan.Kali ni saya ubah siket tak buat kari tapi buat Gulai Lemak Kuning Sardin atau Masak Lemak Cili Api.Kalau mengikut citarasa saya, lebih suka yang ada bawang berbanding dengan hanya menggunakan cili padi semata mata.Itu terpulang pada tekak masing masing.Untuk kali ini saya masak cara paling simple.Tak tumis pun, masukkan semua bahan dan reneh sekejap hingga mendidih (untuk hilangkan rasa pijar bawang dan cili tu sekaligus cili akan masak)bahagian ni sangat penting untuk mengelakkan kita dari sakit perut.

Amacam tergoda tak dengan Masak Lemak Cili Padi Ikan Sardin ni.Besar2 pulak tu.Saya guna Sardin TC Boy.Sardin ni dibuat menggunakan ikan segar. Paling saya suka langsung tak hanyir.Saya ni agak cerewet siket kalau bab sardin.Tektur ikannya yang pejal tak patah langsung walaupun saya kacau2 selalu masa tengah masak tu.Memang puasa hati sungguh la.Dah la harga murah.Satu tin besar 425g tu hanya RM7 berbaloi sungguh la.Murah, sedap dan berkualiti.
1 tin besar ni ada 6 ketul ikan.Besar besar pulak tu.Memang puas hati la.Kalau korang nak beli sardin ni, boleh beli di Tesco okey.Jangan risau Sardin TC Boy ni ada cop HALAL Jakim tau.
 Idea untuk Lunch Box.Masak Lemak Cili Padi ni menu ekspress.Proses masak pun sekejap jer sesuai untuk dijadikan bekal.Sardin masak lemak cili api ni sesuai dimakan bersama telur asin dan ulaman.Kalau ada sambal belacan lagi terangkat.
 Okey untuk resepi kali ni saya sediakan video tutorial jugak, nanti korang boleh tengok di youtube 
SARDIN MASAK LEMAK CILI PADI
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan Kisar
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm kunyit hidup (kalaukurang kuning tambah serbuk kunyit)
  • 1 batang serai 
  • 15 biji cili padi (suka pedas boleh letak lebih)
  • Air secukupnya (utk kisar)
Note: Semua bahan dikisar KASAR sahaja.

Bahan Lain
  • 1 tin besar sardin 425g (LiNa Pg guna brand TC Boy)
  • 500ml santan pekat
  • 1 biji kentang 
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 asam keping
  • Hirisan daun kunyit (LiNa Pg guna 2 helai hiris kasar)
  • Cili padi merah
  • Garam dan perasa/gula
Cara-Cara
  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.Kemudian masukkan serai yang telah diketuk.Masukkan juga kentang.
  2. Renehkan hingga mendidih untuk hilangkan pijar bawang dan cili padi masak (tips supaya tidak sakit perut)Sekaligus kentang akan empuk.
  3. Masukkan santan pekat, masukkan sardin.garam,perasa dan asam keping.
  4. Kacau selalu supaya kuahnya tidak bergentel atau pecah minyak.
  5. Setelah mendidih, masukkan hirisan daun kunyit dan cili padi merah.Tutup api.
  6. Sardin Masak Lemak Cili Api dah siap.Selamat Mencuba.
  7. Untuk video tutorial sila klik butang PLAY paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

2 comments