Resepi Makaroni Goreng Paling Mudah Dan Sangat Sedap (Versi Campak Campak Siap)

By LiNa_Pg - Friday, November 01, 2019

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di hari Jumaat.Macam mana cuaca kat tempat korang?Kalau di bumi Pulau Mutiara ni setiap hari hujan...sejuk nyaman macam kat CH rasanya.Bila sejuk manjangggg jer lapar kan?Okeylah hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang sangat ringkas dan cukup mudah.Sesuai dengan tajuknya campak campak siap tak sampai 15 min pun dah boleh makan.Sangat mudah kan?
Makaroni goreng ni sesuai kalau buat sarapan atau bekal anak2.Kalau nak makan petang2 pun ok jugak.Untuk resepi Makaroni Goreng ni saya sediakan video tutorial di youtube.Okey jom kita semak resepi

 Nampak tu..ketulan tuna yang besar besar..Memang sedap bila makan tergigit tuna tu
Makaroni Goreng ni saya letak jugak sedikit isi ayam sebab Maisarah dia suka ayam.Kalau korang tak nak letak ayam pun tak apa sebab isi ikan tuna kari ni memang dah banyak pun

RESEPI MAKARONI GORENG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A
  • 200g makaroni
  • Air secukupnya untuk merebus makaroni
  • 1 sk Garam
  • 1 sb Minyak
Cara-Cara
  1. Masukkan air ke dalam periuk anggaran 1 liter (atau secukupnya) kemudian masukkan garam dan minyak.
  2. Setelah air mendidih,masukkan makaroni dan rebus hingga makaroni masak (masak al dente)tidak terlalu lembek.
  3. Tutup api dan toskan makaroni.Ketepikan terlebih dahulu
Bahan B
  • 1 tin Tuna Kari Merah Thai TC Boy (150g)
  • 1/2 labu bawang besar holland (cincang/dadu kecil)
  • 1 ketul dada ayam (dadu kecil)
  • 3 sb sos tiram
  • 3 sb sos cili (untuk rasa lebih pedas)
  • 1 cawan jagung manis
  • 1/2 cawan karot (dadu kecil)
  • Bayam kecil/baby spinach
  • Cili merah, tomato ceri dan daun bawang
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga sedikit layu,masukkan isi ayam dan goreng sebentar hingga isi ayam masak.
  2. Masukkan Tuna Kari Merah Thai ke dalam tumisan.Dan kacau sebentar (Kari Tuna dah masak, kita cuma nak panaskan dan sebatikan dengan bahan lain)
  3. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram (untuk seimbangkan rasa) dan masukkan jagung manis dan karot
  4. Kemudian masukkan makaroni yang telah direbus tadi.
  5. Masukkan sayuran (baby spinach atau apa2 sayuran kegemaran).Gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah, tomato ceri dan daun bawang.
  7. Tutup api dan makaroni goreng telah pun siap.Sungguh mudah,sedap dan berkhasiat.
  8. Untuk video tutorial boleh klik butang PLAY atau klik link di bawah

Untuk Info
Tuna Kari Merah Thai merupakan produk terbaru dari TC Boy dan boleh didapati di Tesco.
Untuk lebih banyak info sila layari facebook TC Boy 

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. betul seronok.. nyaman rasa. hari2 penang hujan.. tido tarik simut.. sedap kalo brekfes macaroni.. layaaaan je makan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. tu la kan... sejuk nyaman jer hehe.. Makaroni ni sedap setiap masa bf ke makan petang² pun On je

      Delete