Cara Buat Stew Ayam Mudah Dan Sedap (Tips Kuah Pekat Tanpa Guna Tepung)

By LiNa_Pg - Monday, November 11, 2019

Assalamualaikum...
Hai semua dah ada idea ke nak masak apa untuk lunch hari ni?Kalau belum ada idea, apa kata masak Stew Ayam.Sedap sangat tau.Saya sendiri dah banyak kali repeat.Kalau nak guna daging pun boleh jugak.Saya pernah guna ayam dan daging.Cuma kali ni kelainannya saya tidak menggunakan tepung untuk memekatkan kuah.Nak tahu saya guna apa...kenalah baca n3 ni sampai habis.Untuk resepi Stew ni saya sediakan video tutorial jugak.Dah publish di youtube minggu lepas lagi.Macam biasalah asyik tunggu Q jer nak menaip di blog.
Stew ni sangat sedap dimakan bersama nasi putih atau pun roti.Kalau nak buat Hot plate pun boleh sesuai sangat.Okey jom kita tengok resepi

 Nampak menarik kan??Meh la saya kongsi rahsia kuah pekat macam ni tanpa tepung.Saya guna bake bean TC Boy kuahnya yang pekat dan seimbang masam manisnya.Sangat fleksible untuk diolah mengikut citarasa kita.Haaa jangan ingat bake bean hanya boleh dibuat sarapan makan bersama roti bakar jer.Macam2 boleh diolah menggunakan produk TC Boy ni
Kacangnya yang solid kerana menggunakan kacang yang diimport dari USA.
 Warna warni stew ayam ni...barulah berselera nak makan
Sebenarnya Stew ni saya masak untuk dinner.Kiranya lite dinner la.Cicah dengan roti perancis memang terbaik.Baguette tu korang sapu butter siket lepas tu bakar la kejap.Kalau makan terus camtu memang keras hihi

RESEPI STEW AYAM SIMPLE DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 12 ketul ayam
  • 1 tin kacang panggang TC Boy (425g)
  • 1/2 labu bawang besar (dadu)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (mayang halus)
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 5 tangkai cili kering (potong anggaran 2cm)
  • 2 helai daun bay
  • 1 biji kentang (potong 6)
  • 1 batang karot (potong baji)
  • 5 biji cendawan shiitake (belah 4)
  • 1 labu bawang besar (belah 4)
  • 3 sb sos tiram
  • 1 kiub ayam
  • 1 sb kicap manis
  • Capsicum merah, kuning dan daun pasli
  • Minyak (anggaran 1/2 cawan)
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, kemudian goreng ayam (LiNa Pg guna tanpa kulit, so goreng sekejap jer)Kalau yang ada kulit boleh goreng hingga sedikit perang (Kaedah browning)Kemudian angkat dan toskan.Ketepikan sebentar.
  2. Kemudian keluarkan lebihan minyak, tinggal sekadar untuk menumis.
  3. Tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, halia dan daun bay.
  4. Apabila tumisan garing, masukkan cendawan shiitake, kacau sebentar.
  5. Masukkan ayam (yang telah digoreng tadi) kemudian masukkan air sama paras dengan ayam.
  6. Masukkan kentang, karot dan kacang panggang TC Boy.Kcau sebentar kemudian tutup periuk.Biarkan hingga ayam dan kentang empuk.
  7. Kemudian masukkan kicap manis, sos tiram dan kiub ayam (stew ni memang tak guna garam)
  8. Masukkan bawang yang telah dibelah empat.Reneh sebentar hingga kuah pekat.
  9. Akhir sekali masukkan capsicum merah, kuning dan hirisan daun pasli.Tutup api
  10. Stew ayam enak dimakan bersama nasi putih atau roti perancis/baguetta.Selamat Mencuba
  11. Untuk video tutorial sila klik butang PLAY paparan di bawah



  • Share:

You Might Also Like

0 comments