Ayam Tomyam Kering Mudah dan Sedap

By LiNa_Pg - Friday, October 24, 2025

Assalamualaikum...

Kembali bersiaran di pagi Jumaat.Bagaimana cuaca di tempat kalian?Kalau di tempat saya cuaca sejuk, pagi tadi semasa anak dan suami hendak keluar dari rumah dalam hujan lebat jugalah.Sekarang ini hujan dah reda tetapi sang mentari belum memunculkan diri.

Okeylah berbalik kepada tajuk hari ini iaitu tomyam kering atau tomyam darat.Anak saya si Maisarah tu suka sangat makan tomyam, boleh dikatakan setiap minggu memang wajib buat tomyam (yang berkuah) macam kedai siam tu.Mama pulak boleh dikatakan dah mampu nak telan tomyam almaklumlah setiap minggu ulang menu sama.Jadinya saya tukar pulak kepada menu tomyam kering atau tomyam darat.Nampaknya tomyam versi ini pun dia suka juga.Jadi bolehlah mama ulang menu selang seli versi kuah dan versi kering.Kalau tekak mama lebih memilih versi kering macam ni.Cumanya banyak kerja siket kerana ayam perlu digoreng terlebih dahulu.Kalau versi berkuah lebih mudah cuma lebur je semua sekali.

Bahan simple tapi rasanya memang padu.
Resepi Ayam Tomyam Kering
by @malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
8 ketul ayam 
5 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 akar ketumbar
4 helai daun limau purut
1 sb cili kisar
1 sk pes tomyam
2 sb sos tiram
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
1/2 sk pes asam jawa
Hirisan bawang holland
Hirisan daun ketumbar
Cili padi
Air dan minyak

Cara-Cara
  1. Perasakan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.Panaskan minyak goreng ayam hingga masak.Angkat dan ketepikan sebentar.
  2. Keluarkan lebihan minyak menggoreng tadi, tinggal sedikit sekadar untuk menumis.Tumis bawang merah, bawang putih, akar ketumbar dan daun limau purut hingga terbit bau.
  3. Kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.Kemudian masukkan pes tomyam dan tumis sekejap.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan, pes asam jawa dan masukkan sedikit air.Kacau dan biarkan kuah mendidih.
  5. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.Masukkan juga bawang holland.Gaul rata dan biarkan bawang sedikit layu.
  6. Akhir sekali masukkan hiasan daun ketumbar dan cili padi.Tutup api.Ayam Goreng Tomyam sedia dinikmati.Selamat Mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments