Monday, October 26, 2009

Kek Lapis Bumi


Salam
Dah lama sangat projek kek lapis bumi ni tertangguh, ada saja resepi lain yang potong 'Q'.Mula2 tu plan nak wat masa open house, tapi tak berkesempatan...Akhirnya terlaksana jugak hajat nak wat kek ni..Ada 'story behind the scene' lak pasal kek ni.Betul-betul suspen tunggu hasilnya..apa taknya masa melapis lapisan kedua, terlapis masa dok lembik lagi..apa lagi bercampur la kaler tu...Tapi nasib baik tak tuang habis 1cawan, baru tuang siket jer.  Masa tu dah rasa frust sangat..Tapi bila dah siap, Alhamdulillah...menjadi...yang huru-hara kat tengah siket jer..still bleh coverline..Kek ni memang sedap, saya guna loyang 4segi 8x8 (2.5in) dapat 1 loyang penuh, memang puas hati. Terima kasih hasue untuk resepi ni. Meh layan gambo2 ni.




 Ada sesiapa nak kek tak? sila angkat tangan...ada lagi ni..



Yang ni dah siap potong, ambik sorang satu yea, jangan berebut suma dapat..kalau tak cukup, kena potong sendiri kat dapur. 


Kepada yang berminat boleh lah cuba resepi ni.Sue akak C & P yea.

Bahan-bahan ( 1 loyang 8"x8" )

  • 450g Mentega (sy guna golden churn)
  • 1 Gelas gula halus
  • 2 Gelas tepung gandum
  • 10 Biji telur
  • 1 Tin sederhana seri kaya
  • 1 Tin kecil susu pekat manis
  • 3/4 Cawan serbuk nescafe
  • 1 Sudu makan esen vanilla
  • Sedikit Pewarna Hijau dan Kuning

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih).
  2. Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
  3. Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
  4. Setelah itu,masukkan pulak tepung gandum.. (pastikan tepung dah diaayak ye,kang x pasal2 ada bendasing jadik hiasan plak..hehe)
  5. Haa..bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan serbuk nescafe dan gaul rata,pastikan serbuknya betul2 sebati dlm adunan
  6. (Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus ye puan2) Ambil 1 cawan adunan hijau,kukus di dalam loyang yg sudah dioles mentega atau dilapik kertas minyak..kukus kejap je,jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan la adunan dah tak cair dah ye..asal nampak msk ok la tu.
  7. Lepas tu ambil pulak 1 cawan gak adunan nescafe,kukus lagi. Diikuti adunan kuning. Then ulang lagi warna hijau,nescafe dan kuning sampai habis..
  8. Masak selama 1jam-1stgh jam selepas lapisan terakhir dikukus.
  9. Tips 1: Tutup loyang kek mgunakan aluminium foil semasa sdg mengukus utk mengelakkan air pengukus menitik di ats kek. Tips   2: Bubuh sedikit air suam utk mbancuh nescafe spy lbh sng diadun sebati Tips 3: Jgn mls nak melapis,sbb anda pasti berpuas hati bila bjaya membuatnya. :)

2 comments:

HaSue said... Balas

*angkat kedua belah tgn!!
Uishhh..canteknya kek lapis bumi kak lina nih.. nih sepotong memang x cukup ni kak..sue nak yg belum potong kat dapur tuh buleh?hee...

Akak wat satu adunan ekk...harap semua suke..

lina_pg said... Balas

kalau angkat dua belah tgn, dpt 2 potong..cepat buka mulut luas2 nk suap nih..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...