Wednesday, October 28, 2009

Puding Karamel Keledek

Salam,
Mula2 beli keledek ingat nak wat karipap, tapi malas lak nak ngelim, bukan malas sebenornya xreti uhuk..lama sangat bertangguh takut monopouse lak keledek, jadi amek keputusan try wat puding ni, tuan punya resepi ni ialah my sifu..dah tau la kan sapa..tentu la dayangjack. Tapi mendurhaka sket ngan resepi ni seb baik la menjadi..dyg wat dua versi kukus dan bakar, tapi saya wat versi kukus..mmg sedap tau..pastu karamel tu saya tuko ngan madu hu..hu..keje orang maless..suma nak senang..Dyg minta izin kopipes resepi kat sini yea:

Bahan-bahan : 
  • 200 gm keledek merah (direbus dan dikisar bersama sedikit air hingga menjadi puri)
  • 125 ml susu segar
  • 200 ml santan rendah lemak
  • 1/4 sdt serbuk kulit kayu manis
  • 1/2 sdt garam
  • 1/2 cawan gula perang lembut (soft brown sugar)
  • 3 biji telur gred C
  • 3 biji kuning telur gred C
  • 1 sdt esen vanilla
  • 3/4 cawan gula pasir
Cara-cara :

  1. Cairkan gula pasir hingga kekuningan dan tuangkan ke dalam loyang yang bersesuaian. Ketepikan.
  2. Didihkan santan, susu, puri keledek, serbuk kulit kayu manis dan garam di dlm periuk. Kacau perlahan. Setelah mendidih, tutupkan api.
  3. Putarkan semua telur dan gula perang (guna kelajuan minima shj) dan masukkan 1/2 dp santan yang tlh mendidih tadi. Putar lagi dgn high speed. Tuangkan ke dlm baki santan dan kacau sebati.Masukkan esen vanilla dan kacau lagi sehingga rata.
  4. Tuangkan ke atas gula tadi.
  5. Bakar selama 45-50 minit dgn suhu 180C secara 'bain marie' (letak loyang ini ke dlm dulang yg berisi air panas) - saya kukus selama 1jam api sederhana

2 comments:

Sheila said... Balas

salam ctiknya puding krmel keledek tu..pandai ye buat nnk mcm kuih hantaran perlu rasani nak cikitt

lina_pg said... Balas

sheila, tenkiu sheila..sedap tau puding keledek, sy pun pestaim wat n merasai keenakan puding ni,xrugi mencuba

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...