Wednesday, November 18, 2009

Terung Masak Sambal


Salam,
Hari ni tak tau nak tayang apa, godek2 dlm gobok terjumpa la gambo ni..kompom udah pinish ya gambo arkib ni..Resepi terung masak sambal ni kepunyaan hasue dok di Mukah Sarawak. Sambal terung ni memang sedap sesangat, anak2 yang tak suka sayur pun makan bertambah2...seronok tul. Tapi yang syoknya lepas makan depa bising2 kata tangan 'busuk' hik3x bau belacan letak kat tangan. Emmm...time makan tuh tak hengattt..Budak2 la katakan..sue minta izin kopi pes kat sini ya.

Bahan2:
  • 2-3 Terung Panjang (buang kulit belang2)
  • 1 cili merah
  • 2 bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Segenggam udang kering
  • 1 sudu belacan
  • Perasa-garam,pak aji dan gula secukup rasa
  • Limau kasturi-untuk diperah ketika hendak makan sebagai pembangkit selera
Cara2:
  1. Cili,bawang merah,bawang putih,udang kering dan belacan ditumbuk(sue kisar guna pengisar bhn kering jer)
  2. Panaskan dalam 1/3 cawan minyak masak,tumis bahan tersebut sehingga naik bau dan agak garing
  3. Masukkan terung yg sudah dicuci bersih..kacau goreng hingga sekata dan kecilkan sedikit api. Tunggu sehingga terung layu dan berubah warna..kacau jika perlu.
  4. Apabila terung sudah agak mengecut,masukkan air sehingga melebihi paras terung.
  5. Kemudian masukkan semua bahan perasa..
  6. Pastikan terung benar2 sudah masak sehingga ada isi yg tertanggal dari kulit pun tak mengapa..lg sedap sebab lebih lembut..jika belm lembut,tambahkan lagi sedikit air.
  7. Apabila airnya sudah sama paras dengan terung atau kurang,sebatikan semua rasa dan padamkan api..

4 comments:

HaSue said... Balas

Baru nampak dengan jelas rupa paras terung akak nih..memang nampak sedap..anak2 sue pun suke jer mkan..diorg xnak perah limau..sue lak sukaaaa perah limau..asyik gituu

lina_pg said... Balas

hasue>heh..heh..mmg sedap sue..dh byk kali siaran ulangan..nnt ulangan demi ulangan akan menyusul..

Azmiezas said... Balas

Sedap dan menggoda...terliuq di buatnya..

lina_pg said... Balas

azmiezas> heh..heh..terliuq ke?kena wat la tu

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...