Sunday, May 9, 2010

Agar-Agar Santan

Salam,
Pencuci mulut yg sgt senang nak wat, sedap lak tu..tambah lak kalau mkn sejuk2 lagi la sedap...sejuk jer anak tekak...Agar2 ni biase jer..tak de apa spesel pun...Tapi ikut stail aku la...Kalau ada yg berminat bleh la cuba:

Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar-agar serbuk 10gram ( sy gna agar2 cap bintang)
  • 3 gelas air (1 gelas=240ml)
  • 2 gelas santan ( sy gn sntan serbuk S&P bancuh ngan 2 gelas air)
  • 4 keping gula melaka
  • 2-3 helai daun pandan (disimpul)
  • Sedikit garam
Cara-Cara :
  1. Masak agar2 bersama dgn air, gula melaka, daun pandan dan secubit garam.Masak hingga gula melaka dan agar2 larut.Kacau sekali sekala
  2. Masukkan santan, kacau hingga agar2 mendidih. Tutup api
  3. Tapis adunan sambil tuang ke dalam loyang.Tunggu hingga sejuk, masukkan ke dalam peti ais. 
  4. Setelah sejuk bleh la dihidang...Selamat Mencuba
Ni la rupa agar2 sebelum dipotong...ada yg nak join tak?

3 comments:

Nadji said... Balas

MAGNIFIQUE.
Bravo, c'est très beau.

lina_pg said... Balas

Nadji> TQ for dropping by, do come again...

Azie said... Balas

As salam Lina. Nak tanya resepi sebelum ini guna 4 cawan air dan yg ni guna 3 gelas air dg serbuk agar agar yg sama. Sama ke kedua dua sukatan tu. saya kalau buat agar agar, ada masa terkeras.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...