Singge @ Singgang Merah

By LiNa_Pg - Saturday, May 15, 2010

Singge merah?? hmmm....tak merah pun hu..hu...Sebenornya ni la pestaim aku wat singge pesen merah cenggini, selalu tu wat singge yang biase2 tuh jer...yang kaler sup tu...Sedap ni hirup kuah ngan rasa masam, pedas n masin..cukup rasa la kiranya...Basic resepi ni aku minta ngan kak rosaliza. Lepas tu aku taram je la hu..hu..Aku tepek resepi kat sini untuk rujukan sendri jerk. Kalau ada yg berminat sila la cuba..Adjust ikut tekak korang la ya..

Bahan-Bahan :
  • 600 gram tulang lembu
  • 6 ulas bawang merah di mayang
  • 2-3 ulas bawang putih dimayang
  • 1inci halia dimayang
  • 3 biji cili kering ( ditumbuk) - sy guna cili merah jer
  • 1 sudu makan cili boh
  • 2-3 keping asam keping
  • 1 sudu besar budu 
  • Sedikit biji ketumbar ( sy gn stgh sudu kecil serbuk ketumbar)
  • Garam & serbuk perasa
  • Air secukupnya
Cara - Cara :
  1. Satukan semua bahan, masak sampai empuk. Tambah air bila berkurangan.
  2. Sesuaikan rasa. Tara..dah siap.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments