Salam ceria di pagi Sabtu,
Hmm...sekali tengok cam aiskrim Viennetta lak...sebenornya terguna loyang besor, hasilnya jadi nipis sket...so saya doublekan time nak snap pic nmpk tinggi sket..cover line la tu...puding ni wat malam tadi guna tepi2 roti lebihan wat aiskrim...sayang lak nak buang gitu jer...Nak cari idea wat menda lain, kite ni tak kreatif sangat..jadi yang terlintas kat kepala puding roti ni je la...Tuan punya resepi ni ramai dah tau kan..Hana Jopun dah boh nama kat tittle tuh...Tak tau la berapa kali wat siaran ulangan..Tenkiu Hana
RESEPI PUDING ROTI MARBLE
Bahan-bahan ( satu loyang )
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170ml susu cair
- 8gram serbuk agar2 (sy gn agar2 10g)
- 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
- 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
- 31/2 cawan air (4cawan)
- 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
- Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
- Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
- Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
Sekali tengok cam aiskrim vienette lak hu..hu..
Dah potong2 nih sila amek sorang seketul ya...
4 comments
Salam tuan umah.. Mai nk ngendeng puding roti marble tp mcm tak smp hti nk mkn sbb comel sgt.
ReplyDeleteAdry> meh la ada lagi ni..puding mkn time bekfast..mana pernah dibuat org hu..hu..
ReplyDeletecantik la..mcm mn nk dpt bentuk cantik mcm ni ye?tuang selapis-selapis dengan cepat ke?
ReplyDeleteCantiknya, marble..
ReplyDelete