Saturday, November 6, 2010

Nasi Dagang & Ayam Kapitan

Salam siaran di petang Sabtu, ari ni cuaca kat Penang amat baik sekali, matahari cerah memancar...mungkin ada yang mengambil kesempatan kuar jalan2 cari mkn bersama keluarga..Hari ni kami sekeluarga bf merangkap lunch ngan nasi dagang tapi versi org malas..guna rice cooker je senang kije..maklumlah ngan baby kecik susah gak la nak dok dapur lama..

Nasi dagang ni makan ngan ayam kapitan, gulai ikan tongkol dan telur rebus. Hari ni tak wat acar mentah, timun tarak la..walaupun nasi dagang tak cukup sifat tapi tetap sedap kat tekak kami sekeluarga.Resepi Nasi dagang versi sendiri, kalau nak rcp ori kena la google sendiri ya . .

Bahan - Bahan :
  • 4 cawan beras lembut ( direndam semalaman )
  • 4 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • Sedikit halba ( rendam sekejap )
  • 1 kiub ayam 
  • Sedikit halia ( dimayang halus )
  • 1-2 ulas bawang putih ( dimayang halus )
  • 3 ulas bawang merah ( dimayang halus )
Cara - Cara :
  1. Toskan beras yang telah direndam.
  2. Satukan semua bahan ke dalam rice cooker.
  3. Tekan 'ON' jer..tunggu hingga nasi masak
  4. Bila dah 'KEEP WARM' jgn terus tutup suis..biarkan seketika hingga nasi betul2 masak.
  5. Kacau / gembur2kan nasi bila masak. Dah siap
nasi dagang versi rice cooker..sedap dan cepat nak disediakan..

7 comments:

ezzyra said... Balas

sdap2...2 pnggan mkn...oppss...kntoi...hakhak

lina_pg said... Balas

sedap kan...walaupun versi malas huhuhu..

Chik Mimi said... Balas

sedapnya lama tak buat nasi dgg

lina_pg said... Balas

chik mimi> nasi dagang orang malas tuh chik mimi..

Kak Rosaliza said... Balas

salam..nasi kesukaanku...sedapnya nmpk...janji sedap di tekak ok la..versi malas pun lagi ok,jimat masa....bak sini sepinggan ayam dada tau

lina_pg said... Balas

kak rosa> salam..versi malas pun sodap neh kak..kalau malas ngukus nasi dage..wat camni je la..tp akak punya lagi mesti..I like

macam-macam-ann said... Balas

nak try buat jugak nanti.. cedok resepi ekk

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...