Thursday, May 5, 2011

Puding Sagu Lagi

Assalamualaikum..
Puding sagu ni siaran ulangan.Memandangkan puding ni berjaya memikat hati anakanda berdua tu,maka terajin la jugak nak wat siaran ulangan.Kalau budak2 tak jamah..tak pasal la nak wat lagik kan??Kali wat wat versi gedabak lak.Tak kose nak menggentel bagai.tapi menten boh kaler2 jugak hik3.Ikut suka deme tu lah nk makan kaler pe2.Puding pun nak kena ikut peberet kaler memasing jugak.Aduyai..Puding sagu ni suma orang dah tau resepi,so tak yah saya nak menepak kat sini lagi ya.Kemalasan yang amat ni..Kalau ada jugak yang nak rcp tu,silalah angkat tangan..
yum..yum..beshhh sangat makan bila sejuk..
RESEPI: PUDING SAGU
By: linapg.blogspot.com

Sagu:
  • 1cawan biji sagu (warna putih)
  • 1 liter air
  • 1 helai daun pandan simpul
  • Pewarna kegemaran
Cara-Cara:
  1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
  2. Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi
  3. Masak hingga sagu nertukar jernih.tutp api dan biarkan seketika
  4. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji
  5. Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran masing.Kacau guna garfu
  6. Masukkan ke dalam acuan.Sejukkan
  Untuk Manisan
  • 1 ketul gula melaka/gula nipah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan simpul
Cara-Cara:
  1. Satukan suma bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemidian tapis
Untuk menghidang:
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan susu cair dan juga kuah gula melaka.

Note: Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam.


16 comments:

zarin said... Balas

sedap puding sagu... i love it so much..kalau kat my house, anak n hb tk suka sangat tp i slalu buat sbb i yg suka sangat hahaha

Kak Rosaliza said... Balas

Assalam..sedapnya puding tu..akk tak berani nak buat takut bdk2 ni tak suka, jelly katanya

Adry@Daun said... Balas

As salam Lina,
Patut la nmpk mcm pelik je puding dr kebun td. Smp sini br tau foto tu close up rupanya.

lina_pg said... Balas

zarin> memula ingat bdk2 xsuka.Tp xsangka anak2 pun suka mkn puding sagu ni..siap minta soh wat lagik

lina_pg said... Balas

kak rosa> tu la tekak bdk2 ssh sket nak agak,akak try wat sket la dulu..kalau depa tak mkn,mama dia la perabis hehehe..

lina_pg said... Balas

adry> close up sket bagi nmpk sedap hahaha

ezzyra said... Balas

rasanya cmne eh?

lina_pg said... Balas

ezzyra> puding tu cam kuih sagu tu,kuah lak lemak manis gitew..sedap..nisa dok minta lagi tu..

zul permatang badak said... Balas

teringat sanggupal.....inti kacang,kuah putih....lemak.....sedikit manis.....

Azmiezas said... Balas

errmm..sedapnya..warna warni lagi..

Liz said... Balas

Liz suka juga puding ini..emm sedap juga Liz tengok..Adakah resepinya Lina?

MamaIeta said... Balas

puding kegemaran ieta waktu panas. campur ais batu memang bestlah. kalau tak pon simpan dalam peti ais dulu baru grup. hehehhehe... sejuk badan.

HaSue said... Balas

sedap nampak tu kak lina...dah abis ke?baru nak mintak ni..gi laa buatkan lagi utk kitorg(siap angkut anak2 skali nk tumpang mkn umah akak nih)hahaha

lina_pg said... Balas

zul> ni cam sepupu sepapat sagupal jugak la..

azmiezas> saja nk bg lawa sket

Liz> nnt saya tepek ya..senang jer tu

ieta> mmg betul tu.kalau mkn sejuk2 laagiii sedap

hasue> wokey nnt akak wat lagik ajak sue mai sini wat rombongan cik kiah k

AZLINA said... Balas

Assalamualaikum Lina..Kali ni akak x nk tengok je, nk salin skali resepinya..tengok pun tau mst sedap ni..maceh Lina

lina_pg said... Balas

azlina> wslm..main hentam je tu..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...