Monday, June 25, 2012

Bubur Lemak Udang

Assalamualaikum...
Pekaba suma? Ada yang tak bape sihat ke? Kalau tak sihat cepat2 jumpa doktor, jangan lupa makan ubat ya.Cuaca yang panas dan berjerubu ni membuat ramai yang kurang sihat.Hmm ari ni tayang menu bubur nasi (menu orang sakit ni hihihi) Ekceli tadak sapa yang tak sihat pun kat umah ni.Alhamdulillah...cuma tearasa lama sangat tak menikmati keenakan bubur lemak kak fida ni.Seingat saya dan berzaman buat resepi.Time berjinak2 ngan myR dulu...masa ngah rajin mencube resepi baru hik3..
picas namapk bodoh2 jer..sbb tadak aksesori..tp rasa menten sedap...dak maisarah makan abes semangkuk ni taw..

RESEPI BUBUR LEMAK UDANG
sharing : linapg.blogspot.com

Bahan-bahan ( 1 famili )

  • 2 cwn beras
  • 1/2 kilo udang - kupas kulit dan bersihkan
  • 1 cwn santan(linapg gn susu cair)
  • 6-10 ulas bawang kecil *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 hiris halia *
  • 2 batang serai - dititik
  • minyak utk menumis
  • daun sup, daun bawang dan bawang goreng utk tabur(linapg xboh tadak stok)
  • garam secukup rasa(linapg gn kiub ikan bilis)
  • sedikit lada putih serbuk (linapg tmbh sket serbuk lada itam)

Cara-cara

  1. Beras dimasak dgn secukup air hingga menjadi bubur.
  2. Kisar bahan2 *
  3. Dalam periuk yg berasingan, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai hingga wangi.
  4. Masukkan udang dan gaul rata. Masukkan juga santan dan sedikit air lagi. Masak hingga mendidih.
  5. Tuang campuran santan dan udang ke dlm bubur nasi dan tambah garam dan lada putih serbuk secukup rasa,gaul hingga rata dan sebati dan masak hingga mendidih sekali lagi.
  6. Hidangkan bubur dan tabur dgn bahan2 taburan.

11 comments:

Kamsiah said... Balas

kalau kat utara,dipanggil moi....glemer masa bulan posa...

lina_pg said... Balas

Kamsiah> saya pun panggil moi gak..tp yg xmasuk santan tuh...

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam akk pun suka mkn bubur lemak udang ni mmg sedap, heheh dulu juga la pernah buat lama dh mkn ni, terliur pulak, seronoknya maisarah mkn, leh habis semangkuk

Acik Erna said... Balas

Assalam lin..cik pun suka bubur..suka letak santan dan makan pulak dengan kuah masak lemak cili api..sedap sangat makan panas2

lina_pg said... Balas

kak rosa> wslm, maisarah la ni dah pandai memilih dah..kadang2 xmo mkn nasi..tengok lauk tengok sayur dulu, baru makan..tapi bubur ni licin lak dia makan..siap bertambah..tp mangkuk ke-2 tu mkn sket jerr

lina_pg said... Balas

acik> wslm, bubur ni mmg sedap letak santan..tapi santan tadak tu yg boh susu cair..lagi best gn santan..kalau letak ikan bilis n telur masin lagi sedap

Cheq Sue said... Balas

kak lina... bubur ni arwah tok selalu buat tapi xde la letak udang, rasa lemak2 masin gitu... mmmmmm dah lama tak makan

AZLINA said... Balas

Assalamualaikum Lina..apa kabo Maisarah? Lama x mai TMK, mcm2 citer best ya..Resepi bubur udang ni mmg best sbb akak pun selalu buat guna bhn2 cam tu, next time nk cuba susu cair la pulak...

lina_pg said... Balas

cheqsue> sedap bubur ni lemak2 xbape masin hihi..kalau sakit tekak ke tak bape sihat mmg sesuai sgt.Tp tg sihat walafiat pun laju jer mkn

lina_pg said... Balas

azlina> wslm kak Ina, alhamdulillah maisarah sihat.Lama akak menyepi..sihat ke?sy boh susu cair tu kira dah emergency tu..rasanya gn santan lagi okey kot..tp yg ni bagus utk kesihatan hihihi

Toko Online Kalistajaya said... Balas

siiip gan..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...