Ayam Kicap Pedas Madu Karipoley & Petai

By LiNa_Pg - Saturday, August 11, 2012

Assalamualaikum...
Minta maaf banyak2 kepada pengunjung Dapur TMK sebab beberapa hari ni tidak bersiaran.Kesuntukan masa membataskan untuk berblogging.Bukannya bzi mengukis pun, tahun rasanya tak sempat nak ngukis.Kalau ada yang berminat ngan biskut silalah selongkar LABEL BISKUT .Bukan lah resepi hebat mana pun..kalau ada yang beminat silalah cuba
N3 ari ni merupakan siaran ulangan palig kerap sekali.Kadang2 tak amek gambo sbb terlalu kerp masak ayam kicap pedas madu karipoley/karipulai/daun kari ni.Sedap sangat dan semua suka.Cuma kali ni saya menggunakan boneless iaitu bahagian dada ada yang dipotong kecil2 dan campak sedikit petai yang hampir monopouse hahaha.Hasilnya memang mabeles.Kak rosa mesti suka ni sbb guna dada ayam.Psstt..kakak kite kalau ayam cuma makan bahagian dada jer.Part lain tu xmakan.(Syyy..jgn bagitau kat dia tau..ni rahsia).

simple but tasty...trust me
RESEPI AYAM KICAP PEDAS MADU KARIPULAI@DAUN KARI

BAHAN BAHAN
  • 3 keping dada ayam (potong kecil-kecil)
  • 1sudu besar tepung jagung
  • 1 bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 4 biji tomao ceri
  • Sedikit petai
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 batang serai ketuk (linapg tambah)
  • 2 sudu besar cili kering kisar (linapg gn cili giling)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat Mahsuri (linapg tambah)
  • 2 sudu besar madu
  • 1 biji cili merah - potong serong (linapg tmbh)
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit hirisan ketumbar
CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.Taburkan tepung jagung sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar,serai & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan madu, kacau2kan.
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato, cili merah dan hirisan daun ketumbar dan petai.Kacau2kan lagi
  6. Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Assalam ..,e,ang best sangat ayam kicap karipulai ni, kat rumah akk pun semua suka...hurmmm memang akk suka sangat la kalo masak bahagian dada heheh.

    Sama lak, semlm akk msk ikan bwal sambal kicap - resipi ketuk2 ramadhan.. letak petai juga..sampai pagi ni rasa kering je tekak huhu,

    Ingatkan sibuk ngukis hehe

    ReplyDelete
  2. assalam lina
    akak memang suka ayam kicap simple camni isi dada senang anak nk makan,tp x penah letak, karipulai ni daun wat masak kari kan he he kot tersalah

    ReplyDelete
  3. Kak rosa tu kalo ayam bhgn dada yg tak betoi2 msk pn dia tak mkn..hehe..

    ReplyDelete
  4. kak rosa> sedap ayam kicap ni otong kecik2..mmg terasa segala sos tu kat ayam

    mama sara nur> wslm..mmg betul daun kari yg guna dalam gulai/kari tu.Aroma daun kari menambahkan lagi selera

    ady> hahaha..mmg betul tu..kalau tak well done,kompom xmakan punya

    ReplyDelete
  5. cocok untuk hidangan berbuka puasa..

    ReplyDelete