Wednesday, August 1, 2012

Ayam Masak Cendawan

Assalamualaikum...
Gara-gara menonton Ketuk-Ketuk Ramadan terberkenan lak ngan rcp Angah RL ni.So godek2 la ayam masak cendawan.Ekceli resepi main hentam jer tak sebijik cam dalam tv.Hasilnya memang sedap.
gambar kucar-kacir sket sbb nak cepat, main snap jerr
RESEPI AYAM MASAK CENDAWAN
Ketuk-Ketuk Ramdan
sumber:linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan:
  • 400g dada ayam (anggaran 3ketul)
  • Cendawan butang (belah 2)
  • Capsicum
  • Karot
  • Daun Kari
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2cm halia (mayang kasar)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • Tomato ceri
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb cili giling
  • 1 sb tepung jagung
  • Garam Kunyit
  • Minyak
  • Air
Cara-Cara:
  1. Ayam dpotong dadu.Perasakan dengan garam kunyit.Taburkan tepung jagung.Goreng 3/4 masak.Kemudian ketepikan
  2. Tumiskan daun kari, halia,bahan tumbuk hingga wangi.Masukkan cili giling tumis lagi
  3. Masukkan sos tiram ke dalam tumisan tadi.Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul mesra.Masukkan air jika perlu
  4. Masukkan cendawan butang, capsicum, cili merah, tomato ceri dan bawang besar.Kacau sebentar
  5. Akhir sekali masukkan susu cair.Jika ingin berkuah lebihkan susu cair.Kacau sekejap.Tutup api

12 comments:

Oh Rojak said... Balas

menarik..boleh cuba nanti..

lina_pg said... Balas

Oh rojak..cuba jgn tak cuba hehehe..

Amie said... Balas

Tengok bahannya ada daun kari... tentu harum bau ayam cendawan ni ye Lina.

lina_pg said... Balas

Amie> memang harum bau ayam cendawan, anak2 pn makan sebab cendawan n ayam mmg feveret depa

Chik Mimi said... Balas

sedap ni lina selalunya kat ofc duk pikiaq nak masaak apa la menu berbuka ni

lina_pg said... Balas

chik mimi> walaupun nmpk bodoh2 tapi sedap taw rcp campak2

ijayuji said... Balas

Salam kak lina!! salam winduuuuuu n salam ramadhan buat akak n family! kita belum masuk blog akak sejak kita mula berblogging, kesibukkan sungguh kita ni, cuma dtg berkunjung bg yg tggl komen, sekolah dah nak mula cuti ni kita free ler nmpknya insyaALlah boleh jalan2 jauh2 sikit bila blogwalking :D sedap tgk lauk akak, kita puasa2 ni malas betul nak masak2 lauk nak masak yg cepat siap jerr :D

Norzie hany said... Balas

Sedapnya Lina...sis tak sempat nak tgk ketuk2 Ramadhan.Klik nuff utk duit raya anak2 lina.

nOOrsha said... Balas

ASALAMUALAIKUM KAK..sedapnye ayam cendawan akak ni..sesuai btul bawak ke sahur..x yah masak sayur da sebab da de cendawan tu kan :) selamat berpuasa ye kak lina :)

Nieza said... Balas

Assalam kak Lina, menarik ayam msk gini kan...ada sayur sekali tu.saya pun suka mkn cendawan:)

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam rasanya dh omen hari tu ayam cendawan ni, mana pulak pgnya komen akk ya,

nampak sangat sedap ayam cendawan ni. memang sah akk dh komen, sbb akk ingat lagi lauk ni best sebab guna dada ayam, semua akk dpt mkn heheh.

huhuh tak sangka hilang lak komen tu, atau msk spam kut

Yatie said... Balas

Assalamualaikum Lina,
apa khabar, moga sihat dan ceria selalu..lama akak tak singgah sini..nmpk sedap ayam msk mcm ni...salam ramadhan buat lina sekeluarga..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...