Monday, August 13, 2012

Puding Tembikai

Assalamualaikum...
Salam sairan kawan2 ku semua.Sekarang kita telah berada di minggu terakhir ramadan.Terasa bergitu cepat masa berlalu.Bagaimana dengan persiapan?sudah beres semuanya.Bagi kami sekeluarga hampir selesai.Baju raya anak2 telah pun sedia.Cuma belum packing untuk balik kampun.Agak bizi sedikit dengan tempahan kek karamel.Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.Minta maaf banyak2 sebab ada yang terpaksa saya tolak kerana faktor masa yg tidak mengizinkan...
Berbalik pada n3 hari ni rasanya dah setahun lebih saya tak buat puding tembikai.Rasanya sangat sedap dan sesuai sebagai juadah berbuka puasa.Kalau ada yang nak buat dessert di pagi raya rasanya mmg kena dan cantik untuk hidangan meja makan..Kalau nak tengok olahan saya yang pertama, sila klik SINI
kali ni saya letak cincau...nampak menarik sket compare yg seedless hehehe

PUDING TEMBIKAI
Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar2 serbuk 10 gram
  • 3 keping roti gardenia *
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • cincau dipotong kecil
  • sedikit pewarna ijo/merah 
  • sedikit cincau (potong kiub kecil2)
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis dan telur.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan ijo (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan ijo tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah(yg dicamur dgn cincau dipotog kecil) curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi.Biar sejuk.Simpan ke dalam esbok

15 comments:

Amie said... Balas

Lega rasanya bila persiapan rasa dah siap, terutamanya untukm anak-anak.
Cantik betul kejadian puding tembikai tu Lina...

lina_pg said... Balas

kak Amie> Alhamdulillah suma dah sedia..tggu masa nk balik kampung jerr..

Thanks kak amie

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

salam lina..
kalau tembikai asli org cari yg seedless kan? heee.. cunlah puding tu.. nampak menyelerakan..

EmbunRosaliza said... Balas

Cantiknya puding tembikai, akk pun lama sudah tak buat ni, terliur pulak, agar2 tali je ada, tak reti nak sukat air

EmbunRosaliza said... Balas

tak keja ke tuan rumah ada dok nampak je

lina_pg said... Balas

MadihaA> wslm, betui tu kalau tembikai sli suma nk yg seedless..kalau puding ni letak biji br nmpk mnrk

lina_pg said... Balas

kak rosa> samalah kalau agar2 tali tu xreti la pulak nk sukat air,sbb selalu guna yg serbukk

hehehe keje ari ni, tadi blik jap lunch time..sempat gak layan blog kih3

Higley. said... Balas

Thank you for joining The Higley Kitchen!

These look amazing. :)

Jefry said... Balas

Terima kasih atas resepnya...

Norzie hany said... Balas

Cantik dan kemas kejadian puding ni,kalau sis buat rasa mcm tak jadi aje...hehehe.Selamat Menyambut Hari Raya maaf zahir dan batin utk Lina dan keluarga.

Rohah said... Balas

salam kenal..
suka tengok puding tembikai lina..

Azie said... Balas

Cantik

Naz / Nadz COSK said... Balas

Assallamualaikum kak Lina.

Salam lebaran ye kak.. Kak, comeynya puding tembikai akak ni. Puding yang popular ni Naz tak pernah buat lagi... Cantikkkkkk sangat.. Terasa nak ngap jer. Ayam kicap pedas madu akak kat bawah tu pun menarik nampaknya..Anak2 nak makan senang cam tu sbb dah potong kecik2..

Outbound di malang said... Balas

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

mama aryan said... Balas

menarik agar-agar nih..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...