Assalamualaikum
Dengan semangat yang berkobar2 dan ucapan bismllah, aku memulakan projek RVC ni.Mau makan 2 ari nk siapkan kek ni.Hari pertama wat kek dulu.Pastu simpan dalam esbok.Esoknya sambung lak wat cream cis frosting.Udahlah wat kek yg kos tggi ada hati lak nak deko bagai kih3...Ye lah untuk besday my laling, wat la kek spesel sket. Inilah hasil percubaan yang pertama membuat Kek Si Baldu Merah.Kejadian RVC agak berjaya tp deconya tak bape menjdi sbb cream cheese frosting agak lembik dan tak boleh dibentuk.Ada sesiapa boleh tulun x?Itupun lepas lepa atas kek saya simpan jap dalam esbok supaya keras sket.Baru wat tulisan hepi besday.Saya CnP dari blog Naz (COSK)
hmm..sedapnya..creamy..yummy..
RESEPI RED VELVET CAKE
CnP : Nadz COSK
Bahan-bahan Kek :
- 2 1/2 cawan (250 gm) tepung kek*(lina pg gn SRF)
- 1/2 tsp garam*
- 2 Tbsp (15 gm) serbuk koko* (*ayak bersama)
- 1/2 cawan (113 gm) butter
- 1 1/2 cawan (300 gm) (lina pg gn 1 cwn gula kastor)
- 2 biji telur gred A
- 1 tsp asen vanilla
- 1 cawan (240 ml) buttermilk (resepi buttermilk : 1 Tbsp cuka masakan + 240 ml susu segar-biarkan 10 minit sebelum digunakan)
- 2 Tbsp cecair pewarna merah
- 1 tsp white distilled vinegar (lina pg gn jus lemon)
- 1 tsp baking soda
Cara-cara :
- Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
- Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
- Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.
- Masukkan asen vanilla dan putar hingga sebati.
- Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
- Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).
- Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
- Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 175 C selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
- Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
- Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek.
Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
- 1-8 oz (227 gm) krim keju, pada suhu bilik
- 1-8 oz (227 gm) keju Mascarpone, pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
- 1 tsp asen vanilla
- 1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
- 1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream (lina pg kotak kecil 200ml)
Cara-cara :
- Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
- Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
- Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
- Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.
21 comments
akak pakai whipping cream jenama apa..? kalau anchor mmg lembik.. lain kali cuba pkai jenama rich atau value pride. :)
ReplyDeletesedap nya kek gebuss ni
ReplyDeleteIrma> Alamak dah lupa la brand apa..Anchor kot..oo whippig cream tu lembik ek..ok nx time try brand Rch pulak
ReplyDeleteThanks ya Irma
Marsita> Kek ni mmg sedap..
ReplyDeleteassalamualaikum.. salam kenal ye tuan rumah.. jalan tadi nampak RVC ni.. terus singgah and follow skali... pandai lah 1st time wat pun dah jadi ha... saya ni terkebil2 tak test pun lagi.. dah banyak kali tengok org lain buat RVC ni menjadi.. saya still takot nak cuba.. hahahaha
ReplyDeleteJassNani> wslm..lama gak dok study rcp RVC ni ni.Kali ni tekad nak buat..Alhamdulillah menjdai da sedap.Cuma kn improve tang deco..
ReplyDeleteJass cubalah..tengok rujukan dari pakar2 masak yg sy bagi link tu..insyaAllah menjadi
salam kak...saya biasa gna vivo...
ReplyDeletetp akk lbh baik beat asing bg soft peak baru campur dgn krim keju tu..I.Allah..
Anna> wslm..ok nanti bleh try methode Anna..mesti cuba lagi hingga berjaya wat deco atas kek tu..terima kasih Anna
ReplyDeleteWalaupun 1st time buat tapi sis tgk cantik sungguh kejadiannya.Gebu dan warnanya sgt menarik.
ReplyDeletesalam Lina
ReplyDeleteakak belum penah buat rvc ingat nak buat jugak nampak macam senang je kan menjadilah wlaaupun first time kan
Norzie> First timer kira ok la kan?segala kekurangan masih boleh dterima
ReplyDeleteKak Noor> wslm, rcp nmpk pjg berjela tp xsusah sgt nk wat.Cubalah kak Noor
ReplyDeletewah sdapnya...mana gmbar sebijik kek?
ReplyDeleteezzyra> gambar sebijik kek ada amek..tp pic xcomey sbb gelap (lampu dapur xreapir lagi.Pastu dah potog br tengok picas gelap..Ni pun snap ngan enpon jerr
ReplyDeleteAssalam cantik kek baldu merah tu, akk pernah cuba sekali masa besday eqa, snap gambar tapi tak cantik deconya .
ReplyDeleteCantik sangat kek tu nampak pun sedap yg bestnya cream cheese tu di gandingkan dgn kek memang mables
kak rosa> wslm...nanti kena wat lagi sampai camtik deconya hehehe..masih bersemangat mencuba
ReplyDeletekak rosa dah wat ek..RVC ni tak perasan lak n3 tuh kih3
Assalamualaikum Lina..agaknya krim tu terlebih pukul ke? dulu akak pernah experience gak..buat lg sekali ok & x pukul lama sgt baru ok jadinya. anyway, kek tu sendiri pun dah sedap kan, cantik & gebusss...
ReplyDeletekak Ina> wslm,hmm memang kena cuba lagi ni..but sampai puas hati tang cream cis tu..
ReplyDeletesalam lina..akak rasa lina guna jenis dairy whipping cream tu yg cair..sbb dairy whiping cream tu pukul mcmana pun x gebu sbb ianya cair (rasa pun tawar)..selalu digunakan utk masuk dalam adunan ciskek @ sos pasta ker tp kalu utk dibuat frosting eloklah guna nondairy whipped cream bila dipukul akan jd kembang dan kental cantik rasa pun sedikit manis eg. jenama rich,value pride,vivo (ia disimpan lam freezer manakala dairy whipping cream tu simpan dlm rak biasa dlm fridge jer)..hrp membantu ye!
ReplyDeletekak Ina-rasanya betul kot sbb whipping cream yg saya beli dismpan brsama cream cis.kna cr yg non-diary la pasni.Tima kasih ya Dr.Ina
ReplyDeletepercubaan pertama saya tak menjadi sgt,ntah bila nk cuba lg taktau la hihi
ReplyDelete