Friday, December 7, 2012

Kek Gula Hangus/Kek Sarang Semut

Assalamualaikum...
Salam ceria di pagi Jumaat..hari ni cuaca cerah di Pulau Pinang ni.Esok dah pun hujung minggu.Ada yang nak bawa anak2 bercuti atau makan angin ke?Hmm kepada yang nak bercuti saya ucapkan selamat ber'holiday' ya..
Okey berbalik kepada n3 hari ni Kek Gula hangus, kek yg boleh dikatakan evergreen.Dah lama kek ni tp still diminati sebab tak muak.Saya pun suka ngan tektur ngan agak chew gitew.Mesti ada yang kata awat la..TMK ni asyik tayang kek jer..lauk pauk takde ke?Jawapannya lauk pauk yg dimasak selalunya tak sempat nak pose sebab anak2 dah ready nak ngap.Kesian la pulak dok menunggu mama nak snap.Sebab tu la sekarang asyik snap ngan enpon jerr.
Tak mo bebel panjang,meh semak resepi Kek Gula Hangus.Saya gunakan resepi kekandaku kak rosaliza.Tapi selongkar dapur dia memang tak jumpa.Dulu masa sekolah rajin dia wat kek ni hihi..
sedap dan lembut...
KEK GULA HANGUS/KEK SARANG SEMUT
By:Kak Dar Embun Rosaliza
Olahan: Lina pg

Bahan-bahan
  • 6 biji telur gred A
  • 2  cawan tepung gandum
  • 1 sb soda bikarbonate
  • 2  cawan gula pasir 
  • 2 cawan air
  • 2 sb butter
  • 1 cawan susu pekat manis
Cara-cara:
  1. Masak gula sehingga perang dan berbuih kemudian masukan 2 cawan air pelahan-lahan.Kacau hingga gula cair.Masukkan butter,sejukan gula hangus
  2. Tepung di gaul bersama soda bicabanate.Ayak
  3. Pukul telur menggunakan hand whisk (pukul manja2 jer)
  4. masukkan susu kedalam telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan nmpk pekat
  5. Tuang air gula hangus berselangseli dengan tepong, sedikit demi sedikit..hingga habis..
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg digris terlebih dahulu.Adunan ni memang cair
  7. Rehatkan adunan selama 10-15minit supaya soda bikarbonat bertindak balas.Sementara itu boleh panaskan oven ikut suhu oven masing2..
 *** Note***
(lina pg bakor selama 50min suhu 150'C.Setengah jam pertama gn api bawah, selebihnya gn api atas dan bawah)

12 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam tadi klik dekat TMK tak kuar pulak kek gula hangus ni, klik nama kek baru ada n3 ni.

Menjadi elok je sarang2 tu, akk pun dah hilang buku resepi kek ni, tu dok terai resipi org je.

Mekasih ya berkongsi resipi kat sini, boleh la akk cuba buat pulak.

Ini lah kek yg paling senang nak semua org mkn kan. Terima kasih sekali lagi adikku

lina_pg said... Balas

Tu dia tuan punya resepi pun dah hilang buku hahaha.Seb baik ada salin kat buku rcp jaman dulu hihi.
Kite pesen tak sabar nk tggu perap lama2..sudahnya gn rcp sendiri la

asmah yusof said... Balas

salam perkenalan kak...
hehe..gelak pulak asz bila tuan punyaresepi dh ilang resepinya..btw asz suka sgt kek nie...cantik sarang2nya kak :))

lina_pg said... Balas

@asmah yusof

salam kenal juga as, tu la lawaknya tuan punya rcp pun dah hilang buku rcp haha.

EmbunRosaliza said... Balas

Dah siap goreng gula buat gula hangus, tunggu sejuk jap, boleh buat bekal mlm ni, harap2 menjadi lah nnt kek ni bersarang2. Teruja nak buat n salin resipi heheh

lina_pg said... Balas

Hadoi..dah tuannya pulak menyalin rcp kat sini hahaha...budak2 kat sini makan kek gula hangus ni.Maisarah xyah citer la..Mana pandang kek camni huhu

norzila said... Balas

Kak lina 2 cwn pe yg atas tu tercicir ye..

lina_pg said... Balas

@norzila
ops! 2 cawan air..adeh tercicir lak.thanks zila.Akak dah edit

Norzie hany said... Balas

Assalam Lina.
Cantik kejadian kek ni....bersarang.

Amie said... Balas

Selamat bercuti-cuti Malaysia Lina & family...
Kek sarang semut memang sedap, makan sekeping nak tambah 2-3 keping!

Zurina Salleh said... Balas

Mmg suka kek ni..nk try btlah..terima kasih bg resipi ya kak lina

Zurina Salleh said... Balas

Mmg suka kek ni..nk try btlah..terima kasih bg resipi ya kak lina

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...